[VIDEO] Penuh Cabaran & Dugaan, Virgoun Kongsi Kisah Ketika Peluk Agama Islam

Mungkin ramai yang tidak mengetahui apabila penyanyi Virgoun telah memeluk Islam pada tahun 2013 selepas ditemukan dengan isterinya, Inara Idola Rosli.

Kini setelah empat tahun memeluk Islam, penyanyi yang berasal dari Indonesia itu mula mencipta lagu istimewa untuk isteri dan anaknya sehingga menjadi siulan ramai di negara ini.

Menerusi akaun seorang pengguna Twitter, Khairul Naim ada memuat naik sebuah video penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu ketika mendendangkan sebuah lagu sehingga membuatkan isterinya berasa terharu.

Pengguna Twitter berkenaan turut berkongsi beberapa video penyanyi berusia 31 tahun itu yang telah menceritakan pengalaman dan perasaan ketika dan selepas memeluk agama Islam.

Syaitan akan goda kita…

Menurut Virgoun, proses penghijrahan beliau bukan perkara yang mudah kerana syaitan adalah makhluk yang akan menganggu dan menggoda manusia dalam ketika melakukan kebaikan.

Malah beliau mula terbuka hati untuk memeluk Islam ketika membaca terjemahan surah Al- Baqarah untuk mencari persoalan mengapa Al Quran masih lagi bersama dengan manusia sekarang walaupun sudah 1400 tahun lalu sejak ia diturunkan.

Malas nak bangun Subuh…

Tambah Virgoun lagi, sewaktu mula memeluk Islam beliau akan pastikan sekurang-kurangnya akan mendirikan satu waktu solat dalam masa sehari dan berusaha untuk mencukupkan lima waktu solat.

Berkat kesabaran dan kesungguhan dalam beristiqamah, beliau kini tidak pernah meninggalkan waktu solat pada setiap hari.

Apa yang membuatkan beliau terasa geli hati apabila teringat kembali waktu lampaunya yang mengakui sukar bangun pada waktu pagi bagi mengerjakan solat Subuh.

Isu tatu di badan…

Virgoun bertatu pun solat…

Tidak ketinggalan, ada juga segelintir netizen memberikan komen pada posting tersebut dengan memuji walaupun latar belakang keluarganya bukan berketurunan Islam, tetapi beliau berusaha menjadi seorang Muslim sejati.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : @khairunnaim5 via OhMyMedia

Apa Kata Anda?