[VIDEO] Shah Bawa Watak Antagonis Dalam Drama Terbaru ? – Saharul Ridzwan Tukar Karakter

Episod cinta tiga segi antara Shah, Fika dan Husna yang melatari drama 28 episod, Jangan Benci Cintaku mengakhiri siarannya baru-baru ini dengan cemerlang apabila mengumpul 12 juta penonton.

Menghiasi slot Akasia di TV3, drama lakonan Saharul Ridzwan, Zahirah MacWilson dan Niena Baharun itu turut meraih lima juta tontonan di YouTube dan portal video, Tonton , sekali gus membuktikan produksi terbitan Suhan Movies itu memiliki tarikan tersendiri.

Salah seorang pelakon utama drama ini iaitu Saharul Ridzwan baru-baru ini telah memuatnaik satu video di laman Instagramnya yang membuatkan ramai pengikutnya tertanya-tanya.

Video yang dimuatnaik menunjukkan Shah(watak drama JBC) kelihatan seperti seorang penagih dadah dan mendapat berbagai reaksi dari pengikutnya di laman Instagram yang masih belum ‘move on’ dengan wataknya sebelum ini.

VIDEO : 

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23] . #SahurTerakhir @fauziahnawi @izzueislam @missmimilana @anneabdullah08 @saphirescreen @rtm_malaysia @sr.tigers Dir: @paliyahyalatest

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Ramai yang tidak sabar-sabar untuk menonton lakonan terbaru dari Saharul Ridzwan kerana watak yang bakal dibawanya berbeza dengan watak kebiasaannya.

Kesian Shah. Kena tgl dgn Fika terus rmbut tukar fesyen…

Aduhhh…ni mesti touching giler cerita ni nnt…

Sebak pulak…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Ig Saharul Ridzwan

 

Apa Kata Anda?