Terhibur dengan lagu ‘Sampai Bila’ duet Shah & Fika.

Episod cinta tiga segi antara Shah, Fika dan Husna yang melatari drama 28 episod, Jangan Benci Cintaku mengakhiri siarannya, kelmarin dengan cemerlang apabila mengumpul 12 juta penonton.

Menghiasi slot Akasia di TV3, drama lakonan Saharul Ridzwan, Zahirah MacWilson dan Niena Baharun itu turut meraih lima juta tontonan di YouTube dan portal video, Tonton , sekali gus membuktikan produksi terbitan Suhan Movies itu memiliki tarikan tersendiri.

Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, lakonan mantap ketiga-tiga pelakon utama itu turut meninggalkan kesan sehingga mempengaruhi emosi penonton yang memberikan pelbagai maklum balas di media sosial.

“Sering jalan cerita drama yang disiarkan menerusi slot Akasia dilabel sebagai klise. Namun, kejayaan Jangan Benci Cintaku yang berakhir tayangannya Selasa lalu ternyata membanggakan kami.

“Drama ini mengasak emosi penonton hingga ia menjadi tular dan trending di media sosial ketika bersiaran gara-gara keberkesanan lakonan tiga pelakon utamanya itu,” katanya.


SAHARUL dan Zahirah cetus fenomena menerusi drama Jangan Benci Cintaku. – Foto Zulfadhli Zulkifli

Tambah Nurlisia, watak Husna yang dilakonkan Niena paling banyak menerima kritikan, malah pelakon itu turut dicaci dan diugut netizen yang terlalu obses dengan perjalanan drama itu.

VIDEO:

 sumber : bharian / admaxpt.club

 

 

 
 
Apa Kata Anda?