[VIDEO] “Hahahahaha! Teruk Betul Tarian…”- Lebih 102K Tontonan, Joget Versi Raya Kamal Adli Buat Netizen Terhibur

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon, pelawak, pengacara dan model yang bewajah tampan iaitu Kamal Adli atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Bin Ahmad Adli. Kamal yang berasal dari Bentong, Pahang ini merupakan kekasih hati kepada pelakon popular Emma Maembong.

Kamal terkenal dengan sikapnya yang lawak dan bersahaja. Namun, beliau dapat membawa pelbagai watak dalam drama mahupun filem.

Menanti tibanya hari raya yang bakal menjelang, Kamal telah memuat naik video pendek tariannya bersama peminat. Video itu telah menarik perhatian netizen di luar sana kerana tariannya yang lucu dan gaya Kamal yang sporting.

majlis iftar with @kamaliens !! tq soo much yg sudi hadir n meriahkan majlis! 😊 terimalah kamal afif n the ronggeng @afif.tz

A post shared by K.A (@kamaladli) on

Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 102 ribu dan rata-rata netizen terhibur dengan tarian Kamal dan peminat yang lain yang sangat meriah.

Berikut merupakan komen yang ditulis oleh netizen.

Perangai lah… Memang terbaik. Macam datang dari planet…

Gilerrrrr. Nasib baik video menjadi…

Happening lah korang lagi-lagi baju melayu kaler hitam…

Sumber: IG Kamal Adli

KisahDunia.COM

Apa Kata Anda?