[VIDEO] “Malu jeeerr katt oreeee…”- Lebih 803K Tontonan, Aksi Jaa Suzuran Mengusik Individu Latah Buat Netizen Pecah Perut.

Pasti ramai yang mengenali penyampai radio Era FM yang kacak dan macho, Mohammad Faizal Ahmad atau nama popularnya Jaa Suzuran yang berumur 24 tahun. Jaa merupakan pengacara dan penyampai radio yang masih muda dan masih dalam proses pembelajaran dalam industri seni.

Jaa merupakan penyampai radio di Era FM dan sepanjang bulan ramadhan tahun ini Jaa telah membuka perniagaan sendiri iaitu mejual baju Melayu di Uptown Kota Bharu, Kelantan.

 

Selain itu, Jaa telah memuat naik satu video pendek yang berdurasi 25 saat di laman Instagram peribadinya. Apa yang menarik perhatian orang ramai ialah kelakuan Jaa yang mengusik seorang pelanggan yang latah.

Panjang betul dia punya latah.

Video tersebut telah mendapat 803 ribu tontonan dan rata-rata netizen di luar sana terhibur dan tidak kering gusi melihat aksi Jaa dan individu latah itu. Namun, ada juga netizen yang kasihan dengan individu latah itu kerana tidak berhenti latah sambil dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang.

Berikut merupakan komen yang di tulis oleh netizen yang melihat video berkenaan.

Jahat laa abe Jaa.

Serius yang ni lawak.

Hahahaha. Malu kat ore.

Sumber: IG Jaa Suzuran / Kisah Dunia / Nnewscoviral

Apa Kata Anda?