[VIDEO] “Sudoh…Nasib Baik Tak Ngidam Naik Ufo Tu…”- Lawak Habis! Johan ‘Muka Redho’ Layan Isteri Bikin Netizen Terhibur!

Dengar sahaja nama Johan, pasti ramai yang mengenali dengan pelawak terkenal dengan telatah kelakarnya sehingga buat netizen tidak kering gusi ketawa. Selain menjadi pelawak menghiburkan netizen, Johan juga merupakan suami yang baik buat isteri tercinta, Ozlynn Wati.

Sudah memiliki 4 orang anak, pasangan bahagia ini sedang menunggu kelahiran anak kelima. Lucunya pula, baru-baru ini menerusi akaun laman sosial Instagram milik mereka, telah dimuat naik video Johan melayan karenah istimewa isterinya yang sedang mengandung itu sehingga membuatkan ramai yang terhibur.

Apatah lagi, sikap pasangan ini yang ramah dengan netizen membuatkan ramai memuji Johan dan juga Ozlynn. Menerusi video berkenaan juga, kelihatan muka pasrah Johan yang menaiki kereta api kanak-kanak bergerak.

Namun, tetap sahaja netizen memuji sikap Johan yang tidak kisah melakukan apa sahaja buat isteri tercinta malah ada netizen yang memberi komen ‘salute’ dengan tindakan beliau melayani Ozlynn.

Peluang ibu nandong…

Peluang ibu nandong.. org ikot kan jekkk.. yg busok nama laki kita????????????????

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Rata-rata netizen terhibur meliht gelagat pasangan ini terutama Johan yang kelihatan sangat kelakar.

Hahaha….baby tak ada, mak bapak feeling.

Nampak friendly betoi Johan…sengih je…

Salute Johan…

Sumber: IG Jozlynhanania

KisahDunia.COM

Apa Kata Anda?