[VIDEO]’Hahaha Achey Kena Buli, Comel Sangat La Anne Pun’ -‘Lagi Syantik’ Versi Anne Untuk Pujuk Achey Yang Stress, Sweet Habis!

Sebut sahaja kumpulan Bocey, pasti semua orang kenal dengan ahli kumpulannya. Lebih-lebih lagi Achey yang sentiasa menyerlah dengan suaranya yang nyaring itu. Kalau berlakon watak orang tua memang menjadi sangat lakonannya tu.

Achey yang telah berkahwin dengan Anne atau nama penuhnya Nor Hasanah Yahya selalu saja menyajikan pengikut dengan video-video lawak dan sweet mereka. Sebelum ini, Achey menghadiahkan isterinya sebuah kereta Audi berwarna kuning, wah! Memang beruntung Anne dapat suami macam Achey yang menghargai jasa isterinya.

Terbaru, menerusi video dari IG Achey sendiri, terlihat muka Achey yang masam menghadapi jem teruk. Di sebelahnya Anne sedang senyum bersedia untuk menyanyi lagu yang semakin viral, Lagi Syantik nyanyian dari Siti Badariah!

Lagak gaya Anne yang cuba menceriakan hati Achey menggelikan hati netizen, Achey pula masih bermasam dengan situasi yang dihadapinya. Siapa yang suka jem kan? Tapi ada juga nampak sikit-sikit Achey nak senyum tu.. Eceh..

Rata-rata netizen merasakan pasangan ini sangat sweet dan lawak pada masa yang sama. Ada pula yang merasakan walaupun Achey sangat serius mukanya, tetapi tetap lawak! Kalau sudah namanya pelawak itu aura lawak tetap ada walaupun tidak bercakap kan?

Video yang dimuatnaik semalam mendapat lebih 4oo k tontonan! Haa punya lah sweet dan kelakar pasangan ni punya penangan.

Jangan yek yek!! @anne_achey … aku tgh panas!!…

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Respon netizen 

Achey muka pasrah jek

Tak pasal-pasal muka kena ramas haha

Tak pernah tak sweet hihi

Sumber: IG Acheykintangkintung

Sumber: Arena Star