[VIDEO]”Tangan Mak Memang Ada Magik! Tak Tahu Kenapa Tiap Kali…”-Anak Teruna Tak Segan Ibu Suapkan Makan, Jasmin Hamid Dipuji Netizen!

Pernah tular dengan isu panas ketika bulan Ramadhan tidak mematahkan semangat Jasmin Hamid untuk terus mengorak langkah dalam hidupnya. Kini, kedatangan Syawal memberi seribu keceriaan kepada Jasmin Hamid kerana dapat beraya bersama dengan semua anak-anaknya.

Baru-baru ini, Jasmin Hamid ada berkongsi satu video dia bersama dengan anak lelaki dan anak sulungnya di laman Instagram miliknya. Video tersebut telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen “Kalau ibu yang suap, nasi seperiuk pun boleh habis. Berebut-rebut nak minta di suapkan. Tangan Ibu ada magik. Siapa suka Ibu uols suap? Kita geng. Hebat Bukan?” Malah, kapsyen tersebut juga sangat memberi makna kepada semua netizen.

Tanpa rasa segan silu, anak lelakinya yang dikenali sebagai Ihmian meminta jasmin Hamid untuk menyuapkannya makanan. Nampak sangat anaknya itu masih manja walaupun sudah besar. Orang kata selagi tak kahwin, ibu lah tempat dia orang nak bermanja kan.

Rata-rata netizen yang menonton video Jasmin menyuapkan makanan kepada anak lelakinya yang dah besar telah mendapat pujian daripada netizen. Pelbagai reaksi dan komen positif daripada netizen di laman Instagram milik Jasmin Hamid. Ada netizen mengatakan Jasmin seorang wanita yang hebat dan netizen suka melihat cara Jasmin Hamid mendidik anak-anaknya. Malah, netizen turut menyokong kata-kata dari Jasmin Hamid air tangan seorang ibu memang ada magik.

Dah besar tapi masih lagi Jasmin Hamid yang suapkan makan…

Anak sulung Jasmin Hamid turut menyuapkan makan…

Kalau mak yang suapkan memang sedap…

Kalau makan sendiri satu pinggan pun tak habis…

Tangan mak memang magik…

Bangga dengan anak Jasmin, langsung tak segan…

Sumber: IG Jasmin Hamid

KisahDunia.COM

Apa Kata Anda?