[VIDEO] Viral Nyanyi Lagu ‘Tergantung Sepi’, Kali Ini Dia Cover Lagu ‘Di Matamu’ Pula!

(Saksikan Video Penuh Dibawah)

DI SEBALIK beberapa kontroversi melanda Sufian Suhaimi berhubung isu putus tunang, penyanyi lagu Di Matamu itu mendapat beberapa tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat tertinggi iaitu doktor falsafah (PhD).

Sufian, 26, memberitahu beberapa universiti awam dan swasta menawarkannya untuk melanjutkan pengajian sejurus dia menyelesaikan Ijazah Sarjananya dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Februari lalu.

“Alhamdulillah ada beberapa universiti menawarkan saya untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat PhD walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian di peringat Ijazah Sarjana.

“Ada beberapa tawaran menarik diberikan termasuk biasiswa penuh dalam bidang komunikasi dan pengurusan.

“Saya menganggap ini sebagai rezeki kerana bukan mudah untuk mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke PhD,” katanya

Bagaimanapun kata Sufian, buat masa ini dia terpaksa melupakan terlebih dahulu hasrat untuk menyambung pengajiannya kerana ingin memberi fokus kepada karier seni terlebih dahulu.

Kata Sufian, jadualnya kini padat dengan pelbagai aktiviti seni dan bimbang sekiranya dia tidak dapat membahagikan masa dengan baik.

“PhD bukannya mudah dan saya perlu betul-betul memberi komitmen kepada pelajaran sekiranya saya terima tawaran diberikan.

“Berat juga hati melepaskan peluang diberikan tetapi saya mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada karier nyanyian terlebih dahulu.

“Tambahan pula sekarang banyak perancangan yang telah disusun dan jadual sangat padat buat masa sekarang,” katanya.

Kata Sufian lagi, suatu hari nanti dia akan tetap menyambung pengajiannya apabila tiba masa sesuai.

VIDEO :

Ni lah budak yg viral nyanyi lagu tergantung sepi kalini dia cover lagu di matamu pulak ???????????? #haraptakattackadmindah ????.???? @puterianis__ Follow @klip.viral

Posted by kini.viral on Friday, 9 March 2018

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : 90Minit via SoyaLemon

Apa Kata Anda?