“Bermacam aplikasi dah muat turun tapi tak jumpa” – Gadis cun cari jodoh

PETALING JAYA: Lambakan laman cari jodoh di Internet pada hari ini sedikit sebanyak mampu membantu golongan yang masih belum bertemu pasangan hidup masing-masing.

Namun berbeza pula dengan nasib seorang gadis dari Sabah yang hanya dikenali sebagai Olen.

Meskipun sudah bermacam-maca aplikasi dimuat naik, gadis berusia 27 tahun itu mendakwa tetap belum bertemu dengan jodohnya.

Susulan itu, Olen pada Khamis meluahkan hasratnya untuk menamatkan zaman bujangnya di laman Twitter dengan harapan dirinya dipertemukan dengan seorang pasangan hidup selepas ini.

Olen yang menggunakan nama akaun Twitter @gulaaaaaaa berkata:”Hai. Umur saya dah 27. Saya nak kahwin, tapi saya tak jumpa jodoh lagi ni.

“Macam-macam apps dah install tapi tak jumpa juga. Harap-harap lepas ni jumpalah. Thanks,” tulisnya.

Posting tersebut menarik perhatian netizen dan diulang kicau sebanyak 2,731 kali dengan mendapat 2,820 tanda suka.

Menurut Olen, dia menyasarkan untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan andai dipertemukan jodoh kerana mengimpikan untuk memiliki empat anak.

Sejak postingnya menjadi tular, ramai lelaki mencuba nasib untuk mendekati gadis yang juga peminat tegar Manchester United itu.

Malah terdapat juga golongan wanita yang mengulang kicau tweet Olen dan mendoakan agar dia dipertemukan jodoh.

Posting Olen tular sejak Khamis.

Shsalmah berkata: “Dah tolong retweet. Moga jumpa jodoh sis. Haha.”

Seorang pengguna Twitter Ashraf Haris turut bertanya kepada Olen bagaimana dia mahu menghantar ‘resumenya’.

Bagaimanapun, pertanyaan itu dijawabnya dengan nada berseloroh.

“Allahu. Kenapa kena hantar resume? Saya tak handle orang cari kerja,” kata Olen.

Seorang gadis yang dikenali sebagai Husnina Hasiri turut mahu memperkenalkan abangnya kepada Olen.

“Sis contact bang chaqq saya. 017-415****. Dia engineer kat Penang Port. Dia manis, baik hati yang penting dia single dan penyayang,” katanya.

Terdapat juga netizen yang cuba meneka gadis yang dipercayai bekerja sebagai guru itu meminati jejaka kacak seperti pelakon Aaron Aziz dan juga Menteri Belia dan Sukan.

Namun, Olen memberi bayangan bahawa kedua-dua lelaki itu bukan ciri-ciri jejaka idamannya.

“Tak minat Aaron Aziz dan Syed Saddiq… huhu,” katanya.

Pada masa sama, Olen turut menyangkal dakwaan netizen bahawa dia masih belum bertemu jodoh meskipun memiliki paras rupa cantik kerana terlalu ‘demand’.

“Saya tak demandlah,” katanya.

Olen ketika dihubungi mStar Online mengakui dia sememangnya mahu mencari calon suami.

Bagaimanapun gadis itu tidak menyangka postingnya itu menjadi tular dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Dalam pada itu, menerusi tweet terbaharunya Olen memberitahu dia sebenarnya tidak berniat untuk mencari publisiti selepas postingnya mencari jodoh tular di media sosial.

VIDEO:

“Saya tak berniat nak cari publisiti ke apa. Janganlah kata itu ini, dah stop retweet (RT),” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: Source

Apa Kata Anda?