“Kalau Semua Boss Perangai Gini Memang Staff Pun Respect”- Datuk Fazley Anggap Staff Macam Keluarga Buat Netizen Nangis!

Datuk Fazley merupakan seorang chef selebriti terkenal yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air, sering berkongsi tentang keluarga. Kali ini, sekali lagi Datuk Fazley berkongsi video yang membuatkan netizen menitis air mata.

Datuk Fazley yang mempunyai 4 orang cahaya mata yang dilihat walaupun terlampau sibuk, namun tetap sahaja mereka dilihat sangat akrab. Namun, sesibuk manapun chef selebriti terkenal ini posisi yang baik dapat dilihat adalah dengan cara beliau melayani pekerja-pekerjanya.

Lihat sahaja, video dikongsi Datuk Fazley baru-baru ini yang menunjukkan beliau yang menggangap ‘staf-staf’ sebagai keluarga. Bahkan menerusi video berkenaan, sempena hari raya beliau memberi duit ‘raya’ untuk mereka.

Tetapi yang paling sedih adalah, Datuk Fazley memeluk pekerjanya walaupun menerusi kapsyen yang ditulisnya itu seperti ada yang mempersoalkan tindakan itu yang hanya dikatakan ‘diorang staff je kot, buat apa nak peluk hari2, badan masing2 berpeluh pulak tu!. Namun, bagi Datuk Fazley ‘tanpa mereka restaurant saya tak akan berjalan’.

Saya setiasa anggap staff2 saya di @sukasucrebistro sebagai keluarga. Buat staff lelaki, setiap kali saya ke kitchen pasti saya peluk mereka macam adik beradik saya sendiri. Walau pun ada di kalangan kenalan yang berkata “Diorang staff je kot, buat apa nak peluk hari2, badan masing2 berpeluh pulak tu!” Haih.. macam2 perangai orang yang judgemental. . Tanpa mereka restaurant saya tak akan berjalan. Jika ada kesilapan cara kami menyediakan makanan berbuka puasa selama ini, kami mohon maaf ya. Buat mereka yang telah pun berbuka puasa bersama kami, terima kasih daun keladi, lepas raya kita jumpa lagi!

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Rata-rata netizen memuji tindakan Datuk Fazley yang melayani pekerjanya dengan baik.

Tersenyum duk tengok sampai habis…

Good boss…moga akan menjadi inspirasi…

Dato saya terharu bila tengok video ni…

Sumber: IG Datuk Fazley Yaakob

KisahDunia.COM