Sering dihujani komen dari ‘scammer’ Old Money Collector di Instagram, Sharifah Sakinah ‘sound’ mereka

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi pelakon popular, Sharifah Sakinah yang sering mempunyai idea kreatif untuk menghiburkan orang ramai. Gelagatnya pasti membuat orang ramai tak kering gusi melihat telatahnya itu.

Baru-baru ini, Sharifah Sakinah atau mesra dengan panggilana Kinah sekali lagi tampil dengan sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya yang melihatkan beliau sedang emosi dengan beberapa individu yang mengenalkan diri mereka sebagai ‘Old Money Collector’.

Hello hello old money collector!

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Mungkin ramai yang perasan komen yang dihujani oleh individu yang mengenalkan diri mereka sebagai ‘Old Money Collector’ di ruangan komen Instagram. Difahamkan, mereka ini adalah scammer dan kepada pengguna instagram, anda perlu berhati-hati dengan golongan ini supaya tidak tertipu dengan umpan mereka yang mahu mengumpul wang lama.

Old money collector ni semua scammer. Bila kau ckp kau ada duit lama dyorg akan cakap dyorg nak beli n suruh korang pos dan pembayaran akan dibuat melalui bank, dari no akaun bank tu lah dyorg korek duit korang

Tidak tahan dengan komen yang sering memenuhi ruangan komen di IG, Kinah tampil dengan emosi marah kepada pihak tesebut.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dan aksi Kinah itu.

Setuju dengann Kinah.

Sumber : Kinah 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Source

Apa Kata Anda?