[VIDEO] ‘Adoi… pedih perut tengok…’ – Lawak Achey & Isteri Bikin Netizen Pecah Perut Gelak!

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Yang Terindah’ dan lagu ‘Mak Cik Bawang’, Mohd Nasir Haji Bin Hamzah atau lebih glamour dengan nama panggilan Achey sekali lagi telah memuatnaik video lawaknya bersama isteri, Anne. Video lawak tersebut telah dimuatnaik di laman sosial Instagram milik Anne beserta dengan kapsyen “Bila nak dekat waktu berbuka. Tenaga lain macam”.

Selamat berpuasa semua… dari kami di kota London…

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Siapa sangka memiliki dalam keayuan isterinya itu rupa-rupanya pandai membuat lawak seperti Achey. Boleh tahan juga bila Anne buat lawak. Video yang dimuatnaik juga meraih tontonan sebanyak lebih daripada 100K. Pelbagai reaksi dan komen daripada netizen yang menonton video Achey bersama isteri.

Pandai betul Anne buat miming lagu. Mungkin disebabkan suaminya pelawak, tidak hairan lah Anne pun pandai berjenaka. Malah, isteri Achey juga sangat aktif membuat video lawak pendek bersama dengan Achey. Nampak sangat mereka berdua ni sepasang suami isteri yang sempoi dan bahagia.

Mungkin dengan cara membuat video lawak bersama-sama dapat mengeratkan lagi hubungan Achey dan Anne sebagai pasangan suami isteri yang sudah lama mendirikan rumahtangga. Jarang kan ada isteri yang sporting macam Anne ni.

VIDEO :

Bila dah nak dekat berbuka….tenaga lain mcm…hahahhaa @acheykintangkintung

A post shared by Anne Achey (@anne_achey) on

Nampaknya Achey dan isterinya sekali lagi berjaya mencuit hati netizen yang menonton video mereka berdua. Dalam video tersebut juga Anne sangat berstail dengan memakai cermin mata. Memang sporting habis isteri Achey ni. Rata-rata netizen sangat terhibur sampaikan ada yang memberi komen bahawa Achey dan isteri ni laki bini yang gila. Malah, ada yang pedih perut tengok video lawak mereka.

Komen netizen..

Pedih perut, terhibur..

Laki bini gila..

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Instagram Anne_Achey

SoyaLemon.ORG