[VIDEO] “Hahaha Lawak Lah…”- Hampir 800K Tontonan, Aksi Comel Datuk Siti ‘Ketuk Ketuk Lif’ Dipuji Netizen!

Pasti ramai yang perasan tentang perubahan Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor tanah air ini. Baru-baru ini pula, beliau memuat naik video kelakuan ‘lucunya’ dilaman sosial Instagram miliknya. Menerusi video tersebut, tetap sahaja netizen memuji Datuk Siti yang kelihatan semakin kurus.

Mana taknya, jika penyanyi cantik ini mengemparkan industri hiburan dengan kelahiran bayi sulungnya itu setelah sekian lama menunggu kehadiran Siti Aafiyah atau turut dikenali sebagai ‘si comel pipi merah’.

Dilihat dengan hadirnya cahaya mata perempuan ini dalam kehidupan Datuk Siti yang juga merupakan penyanyi terkenal, kini ia kelihatan semakin meriah yang akhirnya tahun ini hari raya Datuk Siti bertambah ceria kerana dapat beraya bersama anaknya itu.

Apapun, menerusi video dimuat naik itu kelihatan telatah lucu Datuk Siti yang bergambar dipintu lif yang dikatakan warna seakan sama dengan bajunya itu tambah pula kaspyen ditulis seperti bermain ‘ketuk-ketuk’.

Rata-rata netizen memuji Datuk Siti yang kelihatan sangat cantik malah ada netizen yang terhibur sehingga mengatakan agar Datuk Siti masuk dalam rancangan ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’.

Wahhh Ctdk nampak persis anak dara…

Nampak Tok Tie malu-malu…

Sumber: IG Datuk Siti Nurhaliza

KisahDunia.COM