[VIDEO]”Haaa Tepuk!…” Lawak! Sharifah Sakinah Basuh Artis Malaysia Cukup-Cukup

Nama pelakon, pelawak dan pengacara Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih dikenali sebagai Sharifah Sakinah semakin mendapat perhatian netizen. Bukan sahaja berbakat besar dapat bidang lakonan, malah gelagatnya yang lucu seperti ‘bimbo’ di media sosial berjaya mencuit hati netizen. Terhibur!

Mempunyai susuk tubuh yang cantik dan tinggi, Sharifah Sakinah sinonim dengan artis yang menjaga susuk tubuh dan pemakanan tidak hairanlah mampu menjadi ikon kepada netizen untuk tampil cantik dan sihat.

 

Siapa yang tidak mengenali kelantangannya bersuara, sebelum ini Sharifah Sakinah pernah memuat naik video memerli Neelofa dalam Anugerah Meletop menjadi tular. Rata-rata netizen terhibur dan menyokong Sharifah Sakinah.

Terbaru, sekali lagi Sharifah Sakinah  mem’basuh’ selebriti-selebriti tanah air yang menjual produk kecantikkan menerusi story instagram miliknya dengan menggunakan trademark ‘Haaaa Tepuk’ menerusi teledrama ‘Bini aku dari…’. Lawak!

“Selebriti-selebriti Malaysia, diaorang buat treat putih, lepastu keluar produk putih. Haa Tepuk!”

Tambahnya lagi, tiada masalah sekiranya mereka ikhlas, menjual produk yang bagus dan servis yang memuaskan pelanggan. Dia turut menyokong di antara satu sama lain.

VIDEO:

Sumber : IG Sharifah Sakinah / Kepoh Kuat.com

Apa Kata Anda?

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. [VIDEO]”Haaa Tepuk!…” Lawak! Sharifah Sakinah Basuh Artis Malaysia Cukup-Cukup - Langit Kelabu
  2. [VIDEO]”Haaa Tepuk!…” Lawak! Sharifah Sakinah Basuh Artis Malaysia Cukup-Cukup – Berita Vral – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.