Kenali Pilot Ball Liner, pen kegemaran Tun M untuk tandatangan dokumen-dokumen keramat

Gaya hidup sederhana yang diamalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad dipuji oleh rakyat. Tidak perlu bermegah diri dan berbangga dengan apa yang dimiliki, Tun M merupakan seorang wira negara yang sangat merendah diri.

Jumaat, 23 Mac 2018, jam 3.25 petang. Kerja itu satu ibadah.

A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) on

Pen sentiasa dalam poket

Mungkin ramai yang perasan, ke mana sahaja Tun M pergi, beliau akan membawa sebatang pen yang akan diletakkan di dalam poket dada baju yang dipakainya.

Sekiranya baju beliau itu tidak mempunyai poket, beliau akan menyelitkan pen tersebut di celah-celah di antara dua butang bajunya.  Nak tahu pen apa yang  Tun M selalu bawa dan pakai untuk menulis?

Kenali Pilot Ball Liner

Tidaklah semahal Lamy ataupun Parker, pen kegemaran Ahli Parlimen Langkawi ini cuma berharga RM4.30 sahaja.

Meskipun tidak se-fancy jenama-jenama yang lain, namun mungkin faktor keselesaan menjadi punca mengapa pen tersebut menjadi pilihan pemimpin yang kita sayangi ini.

Steady Tun tahun 2018 pun masih lagi pakai pen yang sama!

Kenali pen Artline

Selain daripada Pilot Ball liner tersebut, Tun M juga pernah dilihat menggunakan pen Artline sewaktu menandatangani dokumen akuan sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 di Istana Negara pada minggu lepas.

Berikutan tersebarnya gambar-gambar pen-pen yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 itu, populariti pen Pilot Ball Liner dan Artline ini kian melonjak dan mendapat permintaan ramai.

Netizen dah jumpa!

Rilek je Tun Mahathir sain guna artline 0.6 berharga RM2.40. Pen favourite untuk sketch tu

And this is mine!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

 

Sumber: Ohmymedia

Apa Kata Anda?