“Pakaian Tu Memang Tak Sesuai Sebab Terbelah-Belah”-Nampak Betis, Fesyen Neelofa Dikritik Lagi?

Neelofa Mohd Noor bukan lagi satu nama yang asing di dalam industri Malaysia. Disebalik kecaman yang diterima, Neelofa adalah salah seorang artis dan ikon wanita yang berjaya buat masa ini.

Sebelum ini, pelancaran tudung di salah sebuah kelab menjadi perbualan dan topik hangat untuk beberapa minggu. Namun setelah itu ia semakin reda. Netizen bagaimanapun semakin sensitif dengan segala tindak tanduk yang dilakukan artis kelahiran Kelantan ini.

Terbaru, rancangan MeleTop bersiaran secara langsung seperti biasa dan setiap minggu pemakaian yang digayakan Neelofa pasti akan menjadi perhatian. Namun baru-baru ini dikatakan baju dress yang dipakai oleh beliau menampakkan betis! Biar betul?

Skirt Neelofa yang menampakkan betis?

Just nak bgtaw, Neelofa pakai seluar skin color.. jgn membawang taw! . kredit Video: @tuannas.umar . . . . #naelofarhijab #janganmengata #kitaok

A post shared by Hangat.com 🔥 (@hangatmalaysia) on

Pun begitu KD difahamkan apa yang dilihat itu bukan seperti yang kita sangkakan, kerana menurut sumber beliau memakai seluar didalam mengikut skin color. Oh patutlah nampak macam betis kan ? Terkejut sekejap..

Akan tetapi, masih ada sesetengan netizen yang menyifatkan pemakaiannya itu agak kurang sesuai dan menimbulkan fitnah..

Rasanya pakai ala2 skin ni lagi la tak boleh

Apa salahnya pakai seluar warna gelap sikit dari kulit

Sumber: Hangat.com, IG Supportloveneelofa

KisahDunia.COM