[8 FOTO] Parti Buih Dynas Mokhtar & Rakan Artis Menjelang Pernikahan

Pelakon berbakat Dynas Mokhtar, 35, baru sahaja mengumumkan tarikh pernikahannya dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din, 36, di Shah Alam pada 21 April depan.

Dynas sudahpun mengikat tali pertunangan pada 26 Oktober lalu. dan dia sudah empat tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal.

Sama seperti orang lain yang bakal melangsungkan majlis perkahwinannya tidak lama lagi, Dynas dilaporkan telah terbang ke Pulau Redang untuk bersantai bersama rakan-rakan rapatnya di The Taaras Beach & Spa Resort.

Lebih kurang seperti mengadakan ‘Bridal shower’, Dynas ternyata seronok bersama rakan artis seperti pengacara dan pelakon Yasmin Hani, Sazzy Falak dan Daphine Iking.

Bila diintai di laman Instagram banyak foto-foto menarik sepanjang percutiannya di sana dikongsikan Dynas khas buat pengikut laman sosialnya itu termasuk dirinya sedang bergembira bermandi buih dalam tub mandi bersama rakan-rakannya.

Jom tengok gambar-gambar kemeriahan ‘parti buih’ secara tertutup di bilik mandi hotel bertaraf 5 bintang yang di diami oleh Dynaz bersama 5 orang rakannya.

Menurut dari laporan Mstar Online, Dynas akui dia berasa gementar menjelang hari pernikahan. Sebelum ini, Dynas pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 namun mereka bercerai pada 25 Februari 2014 di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sumber IG Dynas Mokhtar

 

Kredit: Hangat.com / gengjoyah.com


Apa Kata Anda?