“Yusof Cam Tahu Je Dia Berada Dimana..” – Datin Shahida Berkongsi Suasana Berada Di Tanah Suci

PERNAH menutup akaun Instagram (IG) nya sebelum ini, gara-gara dikecam netizen tentang kejadian di Gegar Vaganza tempoh hari, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid atau mesra dengan panggilan Datin Shahida telah pun mengaktifkan kembali aplikasi tersebut, semalam.

Malah beliau juga memuat naik perkembangan tentang diri dan keluarga seperti biasa, seolah-olah telah melupakan tentang kejadian itu.

Terbaru, Datin Shahida memaklumkan yang beliau berangkat menunaikan ibadat Umrah. Tetapi kali ini dia hanya pergi bersama anak bongsunya, Yusoff Al- Qardawi tanpa ditemani Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Semasa mengerjakan Umrah, pada tahun lalu, Yusoff masih dalam kandungan.

“Alhamdulillah… tahun lepas Yusoff dalam perut waktu mama buat Umrah, tahun ini pun Yusoff ikut mama juga pergi. Bermusafirlah kita hari ini @yusoffalqardawi. Doakan kami selamat pergi dan pulang dan dikurniakan Umrah yang mabrur,” tulisnya.

Selain itu, Datin Shahida turut memuat naik video semasa dihantar suami dan anak-anak yang lain sebelum bertolak ke tanah suci.

Hari ni jam 3 pagi dah ke masjid nak berdoa di Multazam,Antara tempat doa mustajab. Alhamdulillah semua yg kirim2 doa di ig dan dm serta semua sahabat2 telah saya sampaikan ….mudahan Doa kita semua diperkenankan oleh Allah Swt….

Kalau ke masjid kita jumpa mcm2 orang dari serata dunia….yg di tgh berdua tu ntah dari mana cuba tgk tag dia saya pun x tahu…. dah sembang panjang lupa pula nak tanya dari mana? yg hujung telekung hitam dari Malaysia….bila tahu saya ada kat mekah katanya dia berniat nak jumpa Yusoff sbb suka tgk @yusoffalqardawi dekat ig dan dia kebetulan tgh pregnant….dan rezeki pula hari kami solat bersebelahan….dan hari ni pun dia nak balik dah…

Jom Lihat Video Dibawah :

Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen dan turut mendoakan agar mendapat umrah yang mabrur.

“Semoga dipermudahkan segalanya… Insya-ALLAH, semoga mendapat Umrah yang mabrur,” tulis kartinaibrahim.

“Semoga mendapat Umrah yang mabrur,” tulis ana.persadailmu.

“Semoga dipermudahkan Datin Shahida yang baik, solehah. Buat Yusoff, jadi anak yang baik untuk mama,” tulis by_sakeena.

“Selamat pergi dan pulang Datin Shahida… Semoga dapat Umrah yang mabrur. Saya pulak menitis air mata tengok video Datin tadi,” tulis raniaayesha.

“Semoga dipermudahkan Umrah adik Shahida dan anakanda Yusoff dan mendapat ketenangan ditanah suci nanti,” tulis rubiah_arshad.

Semoga mendapat Umrah yang mabrur… Semoga Datin Shahida diberi kesihatan Dan selamat dia sana… Semoga selamat sampai dan balik… Amin,” tulis nazira.rahim86.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan dikesempatan ini min rimbabara doakan Datin Shahida sekeluarga mendapat umrah yang mabrur, selamat perjalanan pulang ke tanah air tercinta. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan sejahtera dunia akhirat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : teks sinar / IG Shahidadherbs via RimbaBara


Apa Kata Anda?