[VIDEO] Dengan Security Pun Tunduk Hormat – Peminat Puji Cara Dato Siti Layan Peminat

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin merupakan penyanyi kelahiran Pahang yang telah memulakan kerjaya pada usia 16 tahun selepas memenangi satu pertandingan nyanyian Bintang HMI 1995.

Penyanyi yang cantik ini memiliki ribuan peminat setia yang juga menjadi tunjang kejayaan beliau. Dato  Siti begitu disenangi dengan penampilan beliau yang sopan dan tutur kata bahasa yang tersusun. Walaupun telah hadir beribu penyanyi tidak akan ada satu yang dapat menandingi populariti beliau . Mari kita lihat mengapa beliau masih menjadi penyanyi kesayangan ramai.

Image result for sitizoners

4 sebab mengapa Siti begitu disayangi oleh rakyat Malaysia.

Bakat yang hebat

Tidak dapat dinafikan Dato’ Siti Nurhaliza ialah seorang penyanyi yang diberkati dengan bakat yang hebat. Siapa yang tidak menggemari nyanyian Siti? Hampir semua lagu Siti berjaya menarik perhatian pendengar dan kegemilangannya bukan sahaja di negara kita malah juga di luar negara.

Rajin dan tidak berputus asa

Siti membuktikan bahawa kejayaan seseorang tidak hanya bergantung kepada pendidikan yang tinggi. Walaupun Siti tidak memperoleh ijazah, perkara ini tidak menyebabkan beliau untuk berputus asa sebaliknya berusaha untuk mencapai sesuatu dalam kehidupannya. Kemenangan Siti dalam pertandingan Bintang HMI 1995 telah menjadi titik permulaan kerjaya seninya. Dengan usaha yang gigih, kini Siti menerima gelaran Dato’ dan menjadi seorang usahawan terkenal dengan jenamanya sendiri SimplySiti.

Berbudi bahasa

Penyanyi ini tidak pernah berhadapan dengan kontroversi dan sekalipun terpalit cerita yang kurang enak mengenainya beliau bijak menangkis serangan dengan jawapan bernas kepada wartawan. Walau kini berada di puncak kejayaan, Siti tidak pernah bersikap angkuh. Siapa yang tidak sayang kepada artis yang berbudi bahasa seperti Siti?

Paras rupa yang cantik

Siti Nurhaliza berperawakan menarik, cantik dan manis! Tak jemu kita memandang wajahnya. Dengan paras rupa yang manis dan suara yang merdu, penyanyi ini berjaya menawan hati peminatnya.

VIDEO :

Alhamdullillah,???? #Repost @cteafairuz ・・・ Done ✅ B.O.T PINTAR meeting with Minister of Education, YB Dr. Maszlee Malik ????????????✨✨ #sitinurhaliza #ministryofeducation #malaysia #putrajaya #pintar #yayasanpintar

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 

Komen Netizen

suka tgok tokti tak penah sombong. sama je dari dulu. dengan security pun tokti siap cm tunduk hormat. hurmmm dari kecik smpai skrg umo da 27, tak penah dpt jumpa tokti face to muka. tp sentiasa support lagu2 n album2 @ctdk

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

@BeritaSteady

 
 


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. [VIDEO] Dengan Security Pun Tunduk Hormat – Peminat Puji Cara Dato Siti Layan Peminat - Kisah Kini

Comments are closed.