“Doa-Doakan…” – Atikah Suhaime Jawab Imej Berhijab, Tak Nak Berubah Kerana Fesyen

Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime menjelaskan imejnya bertudung ketika menghadiri konsert ketiga Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) demi menghormati acara tersebut.

The music was good, shared by beautiful souls. ♥️???? #gemagegarvaganza2018

A post shared by AtikahSuhaime???????? (@therealatikahsuhaime) on

Kata Atikah, dia kini dalam proses mendalami ilmu agama Islam dan bersedia sekiranya dibukakan hati untuk berhijab.

Kiter tengah tengok #gemagegarvaganza2018 . Awak?

A post shared by AtikahSuhaime???????? (@therealatikahsuhaime) on

“Insya-Allah, doa-doakan suatu hari nanti. Saya sukakan imej ini dan ramai yang mendoakan untuk saya berhijab.

“Tetapi saya mahu pastikan diri saya betul-betul bersedia dan ikhlas daripada hati.

“Saya mahu berhijab kerana diri sendiri, bukan kerana berfesyen,” katanya kepada Astro Gempak.

Atikah ditemui selepas tamat konsert GGV2 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Sabtu lalu.

Keberadaan Atikah pada malam itu bagi memberikan sokongan untuk tunangnya, Awi Rafael yang menjadi sebahagian daripada peserta GGV2.

Your performance touched me so much ♥️???? @nurhelizahelmi #gemagegarvaganza2018

A post shared by AtikahSuhaime???????? (@therealatikahsuhaime) on

GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Konsert minggu keempat GGV2 bakal membawa tema Gema Yang Dirindukan dan 9 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Amri Hassan

Sumber; Gempak


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. “Doa-Doakan…” – Atikah Suhaime Jawab Imej Berhijab, Tak Nak Berubah Kerana Fesyen – Berita Vral – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.