Doakan anak saya kembali sihat

PELAKON Saharul Ridzwan, 29, memohon jasa baik peminat agar mendoakan kesihatan anaknya, Luth Ali, 10 bulan yang kini mengalami penyakit tonsil bernanah agar kembali pulih.

“Ali mengalami demam panas dan batuk tiga hari lalu sehingga menyebabkan tidur serta selera makannya terganggu.

“Pada awal, saya dan isteri menganggap ia demam dan batuk biasa tetapi selepas bertemu doktor, Ali disahkan mengidap tonsil dan sudah bernanah,” katanya dihubungi Harian Metro, hari ini.

Saharul kini berada di Karnival Jom Heboh di Bukit Jalil akui fokusnya kini terganggu mengenangkan kesakitan dialami anaknya itu.

Di laman sosial Instagram milik Saharul, pelakon itu memuatnaik sekeping foto sedang mencium anaknya yang sedang tidur berserta kapsyen meminta peminat mendoakan kesihatan anaknya itu.

Get well soon sayang. Baba nak main kejar2 dgn Ali ????

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

“Doakan Ali sihat. Doktor periksa ada tonsil bernanah, sebab itulah tiga hari tak mahu makan.

“Saya tahu macam mana sakit bila ada tonsil sebab saya pun ada tonsil. Sembuhkanlah anakku Ya Allah!

“Bukan nak cari publisiti tapi merayu minta doa dari semua. Semoga Allah mendengar setiap doa dari semua untuk Ali,” tulisnya diakhiri ucapan terima kasih.

VIDEO :

Sumber: HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : HM via Islamik Info


Apa Kata Anda?