[FOTO]Tahniah! Elvina Selamat Melahirkan Cahaya Mata

PELAKON, Datin Elvina Mohamad selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki, pada 12.30 tengah hari tadi, di hospital swasta di Ampang.

Berita gembira itu dikongsikan suami kepada pelakon utama drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf itu, Datuk Haniff Borhan, dalam satu kenyataan yang dikongsi, hari ini.

Bayi yang diberi nama Karl Mateen itu selamat dilahirkan secara normal, dengan berat 2.9 kg.

 

Jelas Hanif, Elvina dimasukkan ke hospital sejak kelmarin. Dan mengikut perancangan, pelakon terbabit sepatutnya melahirkan semalam.

“Puas kami menunggu, tetapi Mateen tidak mahu keluar. Rupa-rupanya dia menunggu tarikh hari ini.

 

“Dengan penuh rasa kesyukuran kerana Allah SWT memberi rezeki yang termahal dalam hidup saya dan isteri iaitu kelahiran putera kami yang selamat dilahirkan secara normal,”

“Terima kasih atas doa kalian dan semoga anakanda kami menjadi golongan yang soleh dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Elvina dan Haniff berkenalan pada sekitar dua tahun lalu mulai rapat sejak setahun lalu sebelum mereka membuat keputusan untuk ke jinjang pelamin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

sumber: Metro online


Apa Kata Anda?