Fouziah Gous Sebenarnya Sudah Bergelar Datin. Ini Buktinya!

Fouziah Gous Sebenarnya Sudah Bergelar Datin. Ini Buktinya!

Suatu nama yang sangat gah suatu ketika dahulu dalam industri lakonan Malaysia. Orangnya pun cukup cantik. Kecil molek tapi berbakat besar dalam bidang lakonan. Kami rasa semua lakonannya mantap-mantap belaka.

Diam-diam rupanya Fouziah Gous sudah pun bergelar Datin. Perkhabaran itu telah diketahui selepas wajah suaminya Mohd Zhafran Md Yusof terpampangdi surat khabar tempatan dengan gelaran Dato’.

 

 

Dato’ Md Zhafran Bin Md Yusof

Bila suami sudah menjadi Dato’, maka secara automatik si isteri pun bergelar datin. Maka dengan rasminya Fouziah bolehlah dipanggil Datin Fouziah Gous.

Menerusi IG Stories Fouziah, dia ada memuatnaik gambar kerata akhbar tersebut sambil mengucapkan tahniah di atas pencapaian cemerlang dalam kerjaya suaminya

 

Semakin Ramai Artis Bergelar Datin

Sebelum ini kita sudah mengetahui beberapa orang selebriti sudah bergelar Datin selepas suami mereka dikurniakan darjah dan pingat dari Istana. Contohnya Datin Diana Danielle isteri kepada Datuk Farid Kamildan pendatang baharu dunia hiburan, Datin Elvina Mohamad yang kini bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan juga selebriti sukan permotoran, Datuk Mohd. Haniff Borhan.

Tahniah admin ucapkan kepada pasangan Fouziah Gous dan Zhafran!

 

Sumber: Hangat.com / gengjoyah.com

Wife birthday boy pun nak juga pose ???? #zhafturns35 @zhafyusof

A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on


Apa Kata Anda?