Hannah Delisha nafi letak harga tinggi

KUALA LUMPUR 3 April – Pelakon dan penyanyi Hannah Delisha menafikan mula meletakkan harga tinggi bagi se-buah drama dan menganggap tuduhan itu tidak berasas.

Menurut Hannah, 22, perkara itu sudah pun diselesaikan oleh pihak pengurusannya dengan sebuah produksi dra-ma terbabit.

“Syarikat pengurusan sudah bertanyakan tentang isu tersebut. Tetapi pihak produksi itu sendiri tidak tahu bagaimana pula boleh timbul hal sebegitu sedangkan kami memang tiada masalah.

“Malah, saya masih ada beberapa projek yang akan bekerjasama dengan produksi itu yang mana sudah dipersetu-jui lebih awal.

Apa yang boleh dikatakan, ia hanya gosip semata-mata kerana tiada isu seperti yang diperkatakan berlaku antara kami, “ katanya kepada UTUSAN ONLINE ketika ditemui di majlis pelancaran drama mini Tiga Gadis Manis musim kedua.

Baru-baru ini sebuah ruangan pojok memberitahu pelakon berasal dari Singapura itu sudah mula meletakkan harga tinggi untuk drama terbitan MIG Production. – UTUSAN ONLINE


Apa Kata Anda?