‘Hidup Macam Dalam Sangkar’ – Nazim Othman Dedah Perasaan Sebenar Hidup Sebagai ‘Public Figure’

Kerjaya sebagai seorang artis atau selebriti akan sentiasa ‘dipantau’ oleh masyarakat sehingga kisah mereka menjadi bahan bualan. Hal ini kerana mereka merupakan idola dan ikon buat sesetengah netizen. Malah, setiap perbuatan dan kata-kata juga perlu dikawal sentiasa bagi menunjukkan sifat positif buat peminat.

Walaubagaimanapun, mereka juga mahukan kebebasan seperti manusia biasa tanpa mengawal setiap kata-kata dan bebas melakukan apa saja. Semalam, pelakon Nazim Othman meluahkan rasa kecewa di laman Instagram dan menegur masyarakat yang berpemikiran cetek terhadap public figure.

Bukan mudah

Menerusi kapsyen Nazim, dia menganggap masyarakat mudah untuk meletakkan public figuresebagai ikon atau idola yang sempurna. Luaran seorang artis melambangkan keperibadian individu untuk dicontohi oleh masyarakat.

Aku juga ada perasaan

Nazim ditegur untuk mengawal dirinya 24 jam bagi kelihatan sempurna didepan peminat. Malah, dia juga pernah ditegur untuk menjaga tingkah laku dan kata-kata apabila hendak meluahkan perasaan di media sosial.

Tiada siapa peduli

Dia turut kecewa dengan sikap segelintir netizen yang kurang prihatin apabila dia berkongsi kisah inspirasi di media sosial. Tapi jika dikongsi kisah kehidupan peribadi, ramai pula yang ‘terlalu prihatin’.

Artis milik masyarakat

Semestinya sebagai anak seni akan mempertaruhkan bakat dalam industri untuk menghasilkan karya yang berkualiti. Bukan tujuan mereka untuk menjaja kisah kehidupan peribadi bagi tatapan umum masyarakat.

Gila, bunuh diri

Acap kali kita mendengar berita kejadian selebriti mati bunuh diri. Mungkin ini adalah salah satu faktor tekanan dari masyarakat yang membuatkan kehidupan mereka sentiasa dikawal dan mengambil keputusan untuk bunuh diri.

Credit: Instagram Nazim Othman 

Sumber; Ohbulan


Apa Kata Anda?