Senarai 10 Pemain Bola Sepak Yang Semai Cinta Dengan Selebriti Popular & Kekal Bahagia

Demam bola sepak kembali melanda seluruh jiwa rakyat Malaysia apabila pasukan kebangsaan ketika ini sedang berjuang untuk membawa pulang piala keramat AFF Suzuki Cup 2018.

Suami kepada pelakon Ayu Raudhah, Zaquan Adha antara yang paling menyinar apabila menumbang satu gol ketika menewaskan Laos pada Isnin.

Kali ini, mari SL bawakan 10 pasangan artis dan pemain bola sepak tempatan yang telah berkahwin dan bahagia sehingga ke hari ini.

1) Ayu Raudhah & Zaquan Adha Abdul Razak

Penyerang utama pasukan kebangsaan itu telah berkahwin dengan Ayu Raudhah pada tanggal 21 Januari 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata comel Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

2) Khairul Fahmi Che Mat & Lieuney Natasha

Penjaga gol pasukan kebangsaan itu telah menjalani bahtera perkahwinan bersama model dan bekas juara Bintang Kecil, Lieuney Natasha. Walaupun pernah terpalit dengan kontroversi satu ketika dahulu, pasangan tersebut kekal bahagia dengan kehadiran 3 orang cahaya mata.

3) Azman Adnan & Az Feminin

Siapa tidak kenal dengan lagenda bola sepak negara, Azman Adnan? Beliau merupakan pemain terhebat pada eranya dan pernah dilabel sebagai pemain termahal Malaysia ketika itu. Azman berkahwin dengan Asfarina Muhamad atau lebih dikenali sebagai As Feminin oada tahun 2004. Pasangan tersebut turt pernah membuat penampilan bersama untuk program Sehati Berdansa.

4. Izham Tarmizi & Mia Ahmad

Hubungan rumah tangga diantara pelakon dan penjaga gol pasukan JDT ini sedang hangat diperkatakan ketika ini. Beberapa hari lau, Mia memberi tahu, ada orang ketiga yang telah mengganggu keharmonian rumah tangganya ketika ini. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini.

5) Wan Khatijah & Azlisham Ibrahim

Wan Khatijah merupakan juara pencarian bakat Dewi Remaja 1995/1996. Dia memilih untuk berkahwin bersama bekas penjaga gol kebangsaan itu dan kini dikurniakan lima orang cahaya mata. Wan kini tidak lagi aktif dalam bidang seni sebaliknya sibuk dengan perniagaan.

6) Subadron Abdul Aziz & Salwa Abdul Rahman

Siapa tidak kenal dengan penyanyi era 90-an Salwa Abdul Rahman yang popular menerusi lagu Kembalikanlah Cintamu. Salwa berkahwin dngan Subadron yang merupakan bekas penjaga gol pasukan kebangsaan. Salwa kini dilihat kembali aktif membuat persembahan di kebanyakkan majlis.

7) Ani Morat & Shahril Arsat

Pelakon, Ani Morat telah berkahwin dengan lagenda bola sepak Selangor, Shahril Arsat pada tanggal 10 Mac 2000. Hasil perkawinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

8) Aidil Zafuan Abdul Razak & Zarema Zainal

Selepas bercerai dengan pelakon Rita Rudaini, pemain bola sepak Aidil Zafuan memilih Instafamous, Zarema Zainal sebagai suri di hatinya. Perkahwinan mereka berlansung meriah pada tanggal 14 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, Zarema dan Aidil dikurnia empat orang cahaya mata.

9) Safiq Rahim & Zandra Aziela

Bekas kapten bola sepak negara, Safiq Rahim telah melansungkan perkahwinannya bersama model yang juga bekas ratu bowling negara, Zandra Aziela pada 8 Februari 2014. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki hasil daripada perkahwinan tersebut.

10) Fandi Ahmad & Wendy Jacobs

Lagenda bola sepak Singapura itu telah bekahwin dengan bekas model Afrika Selatan, Wendy Jacobs. Wendy kini menetap bersama suaminya di Singapura dan memiliki 5 orang anak dan dua daripadanya telah mengikut jejak langkah bapanya untuk bergelar pemain bola sepak.

#BONUS

Gitaris kumpulan Kristal, Rody akhirnya selamat bergelar suami kepada penjaga  gol futsal kebangsaan, Niena Azman atau nama sebenarnya Nur Izwani Azman, 31 tahun. Pasangan itu bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan pada  malam tadi.

Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 32, dan Niena, dinikahkan oleh jurunikah Nazlee Abdul Razak pada majlis yang diadakan di Hotel Kulai, Johor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : NewsCoViral

Apa Kata Anda?