“Doktor Kata Saya Bila-Bila Masa Sahaja Boleh Pergi” – Pian Cecupak Mohon Maaf Pada Semua

Pelakon dan pelawak Pian Cecupak mengakui perlu menjalani rawatan jantung dengan segera dan memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000.

Menurut Pian, doktor menasihatinya supaya segera melakukan pembedahan kerana  masalah tekanan jantung yang dihadapinya amat serius.

“Doktor kata saya bila-bila masa sahaja boleh pergi dan dia minta untuk segera melakukan pembedahan.

“Saya tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini dan saya memohon bantuan daripada orang ramai supaya dapat membantu meringgankan kos rawatan yang akan dilakukan tidak lama lagi.

“Saya minta agar semua dapat mendoakan kesihatan saya agar kembali pulih sepenuhnya selepas mendapatkan rawatan.

“Kalau saya ada melakukan apa-apa kesalahan sebelum ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua pihak,” katanya kepada Gempak.

Pian berkata demikian ketika ditemui pada sidang media majlis amal makan malam untuk mengutip derma bagi rawatan jantung Pian, di Restoran Tanjung Puteri, Sri Hartamas, pada Khamis.

VIDEO :

Pian yang dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) seawal 3 pagi, 17 Oktober lalu kerana sesak nafas berkata, atas nasihat doktor, secepat mungkin beliau perlu membuat rawatan angiogram yang kos perubatannya ialah RM5,000.

Majlis amal makan malam untuk mengutip derma bagi rawatan jantung Pian akan diadakan di Dewan Lembaga Getah Asli Malaysia, KLCC pada 15 Disember depan.

Apapun, BS berharap agar Pian dan keluarga sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan ini dan mendoakan semoga dirinya dapat sembuh seperti sediakala.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!BS
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Gempak


Apa Kata Anda?