Rai Hari Jadi Hari Ini, Abby Abadi Dedah Baru Lepas Kena Kelentong?

Tak disangka, perancangan keluarga besar Norman Hakim dan suami Abby Abadi menjadi untuk menyambut ulangtahun kelahiran pelakon itu semalam.

Abby yang meraikan ulangtahun kelahiran ke-41 pada hari ini (1 Disember) telah diraikan besar-besaran di tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA2018) di Serdang semalam.

Bercerita lebih lanjut kata Abby dia ‘diperdaya’ oleh penganjur kononnya ada sesi ramah mesra bersama peminat sejurus selesai berniaga.

“Ini kerja Norman Hakim, Memey Suhaiza dan suami saya serta anak-anak dibantu team yang menjaga saya di MAHA.

“Ingatkan betullah saya ada sesi meet & greet lagi di MADA hari ini, rupa-rupanya kerja saya dah habis dah, dorang plan benda ini pula.

“Serius, memang tak sangka langsung. Saya memang ingat nak balik dah tadi sebab dah pukul 4 petang.

“Baru hantar mesej bagitahu nak balik, dorang ajak masuk ke Hall A dan surprise!” tulis Abby.

Dipetik dari Instagram ;

Waktu kejadian di @maha2018my tadi 🙊
Ini kerja @normanhakim_786@memeysuhaiza suami Sy @jaiezzany serta anak2 dibantu oleh team yg menjaga Sy di Maha, Syafa, En Bukhari & Puan Nuril ☺️
Ingatkan betullah Sy ada sesi Meet & Great lagi di Kg Pulau Pisang( MADA) Hall A hari ni, rupanyaaa kerja Sy dah habis dah, dorang plan benda ni pula 🙊
Seriussss.. memang tak sangka langsung… Sy mmg ingat nak balik dah tadi sbb dah kul 4pm. Baru hantar msg bgtahu nak balik, dorang ajak masuk ke hall A tu.. dan supriseeee!! 😄👻

VIDEO :

Manisss kenangan ini ❤️ @maha2018my (30/11/18)
Terima Kasih ALLAH utk segala2nya 
Terima Kasih pada sudi yg meraikan @jaiezzany ,@normanhakim_786,@memeysuhaiza,@danishhakimofficial,@marissadaniaaaaa_ ,@maria.danisha.hakim ,@daiyandayana ,@awishzarisz ,@mikayladelishahakim ,@ms.azieah ,@ridhuan.kamal .
Terima Kasih juga pada semua yg berkerjasama terutamanya mereka yg menjaga Sy (syafa, en bukhari & nuril) & pihak MADA . TQ so muchhh!

VIDEO :

Sambutan hari jadi Abby itu turut dimeriahkan oleh anak-anaknya termasuk Marissa Dania yang menjadi dalang kejutan hari jadinya itu.

Kami ucapkan selamat hari jadi buat Abby, semoga panjang umur dan murah rezeki!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram Abby Abadi via Gempak


Apa Kata Anda?