[VIDEO] “Aku Pun Tergelak Sambil Nangis.. Aduh, Tacing!” – Gelagat Eira Syazira Sambut Birthday Tanpa Suami Dan Anak Disisi

Pelakon, penyanyi, model, dan juga usahawan kosmetik Seri iaitu Eira Syazira baru-baru ini telah pergi ke Jakarta untuk mempromosikan single terbarunya yang berjudul ‘SAY’. Malah, dia juga telah membuat peminatnya bangga apabila single terbarunya diudarakan di semua corong radio di Indonesia secara serentak pada 17 Julai 2018.

Pemergian Eira ke Jakarta tanpa membawa suami tercinta, Azad Jasmin atau Pak Azad dan anak-anak kesayang telah menyebabkan Eira berasa sayu hati menyambut hari jadinya tanpa orang tersayang disisi.

Melalui perkongsian di laman Instagram, Eira Syazira ada memuatnaik satu video repost sambutan hari jadi daripada adik perempuannya iaitu Syainie Shuhaimi. Lucunya, video tersebut telah dirakam ketika Eira menangis kerana teringatkan anak-anaknya.

Shainie telah menyambut hari jadinya tanpa kek. Namun adiknya telah memasang lilin di atas buah anggur sebagai pengganti kepada kek hari jadi Eira. Menurut instagram Eira, dia sekarang tengah on healthy diet.

Pelbagai reaksi dan komen telah diberikan oleh netizen di laman Instagram. Rata-rata netizen memberi ucapan Happy Birthday kepada Eira Syazira. Malah, terharu melihat video tersebut.

Nak menangis ke nak gelak ni Eira?

VIDEO :

Adoiii, terharunya, mata masuk habuk lah

Aku pun tergelak sambil nangis

Lagi sedih tengok anggur jadi kek, hahaha

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady

 

Sumber : Instagram SyainieAida

via SoyaLemon.ORG


Apa Kata Anda?