[VIDEO] ‘Kat KL Pun Banyak Tapi Tak Boleh Makan’ – Perkenalkan Kuih Istimewa Di Indonesia, Pak Azad Buat Hal Lagi!

Azad Jazmin atau lebih dikenali sebagai Pak Azad ini kalau tak buat video lawak memang tak sah kan? Jika korang salah seorang pengikutnya di laman sosial, pasti akan terhibur dengan setiap telatah yang ditunjukkannya. Bukan sahaja suka mengusik dua orang anak gadisnya, Pak Azad juga gemar mengusik isteri tercinta Eira Syazira. Memang tak kering gusi!

Terbaru, Azad ada memuat naik video memperkenalkan salah satu kuih istimewa di Indonesia. Memang berdekah!

Kat KL pun banyak tapi tak boleh makan

Enak tau KUIH ni kat bandung… sumpah sedap.. kena try uolls.. kat kl pun banyak tapi Tak blh makan… aduh.. nak kena suruh isteri Aku @eirasyaziraofficial hidang KUIH pada ku. Nasib bini aku dah habih pantang ????????

A post shared by Azad Jazmin® (KingSmaN)C911 (@azadsyazirarose) on

Enak tau KUIH ni kat bandung… sumpah sedap.. kena try uolls.. kat kl pun banyak tapi Tak blh makan… aduh.. nak kena suruh isteri Aku @eirasyaziraofficial hidang KUIH pada ku. Nasib bini aku dah habih pantang

Menerusi kapsyen yang ditulis, pasti ramai yang teruja untuk mengetahui kuih enak dari Bandung ini kan? Kata Azad lagi kuih ini sangat sedap namun jika di KL tidak boleh dimakan. Aik kuih apa tu? Di ruangan komen, ramai yang gelak berdekah dengan lawak Azad ini. Jika ditafsirkan dengan bahasa di Malaysia, kuih tersebut mungkin kedengaran tidak sopan namun di Indonesia kuih tersebut antara makanan yang popular dan sedap.

Jangan marah ya orang Indonesia? Pak Azad gurau je ????

Adui buat hal betullah Pak Azad ni, di ruangan komen video tersebut memang dipenuhi dengan gelak ketawa para peminatnya. Yelah, mana taknya baca sahaja caption pasti ramai yang teruja nak tahu tapi rupa-rupanya! Hahaha

Kredit : Instagram Azad Jazmin

Sumber: Kisah Dunia / ceriteradunia


Apa Kata Anda?