[Video] #PanamaDance Sari Yanti Ini Memang Comel. Cute Sangat!!

Perkahwinan Sari Yanti dan Jep Sepahtu sekitar Februari tahun lalu telah memberi kejutan kepada ribuan peminat pasangan ini dan terasa masa berlalu sangat pantas. Rupanya dah hampir setahun usia perkahwinan mereka ni. Beberapa minggu yang lalu Jep Sepahtu telah mengesahkan isterinya sedang mengandung bayi sulung mereka.

Terbaru, Sari Yanti telah memuatnaik sekeping foto menunjukkan ‘baby bump’ nya untuk dikongsi bersama-sama peminat. Selain itu, jurufoto bagi momen tersebut juga turut memuatnaik satu video dan gambar yang merakam penampilan terkini pelakon cilik tersebut yang sedang sarat mengandung.

‘Badan kakak membesar bak juara’

Sari Yanti menyatakan kesyukurannya kerana dijaga dengan baik sekali bagi merujuk kepada kondisi badannya yang semakin berisi.

‘Alhamdulillah tetap cantik sis’

Bagaimana pun, peminat-peminat Sari Yanti tetap memuji kecantikan dan kecomelan pelakon ini walaupun badannya semakin berisi. Yelah, ibu mengandung perlukan makanan yang sihat, normallah kalau berat naik kan? Ucapan tahniah dan kiriman doa dari para peminat juga tidak putus-putus diruangan komen.

‘Akak nak pose comel jelah’

Jurufoto tersebut juga berkongsi sekeping gambar Sari Yanti yang sedang sarat mengandung. Menurutnya Sari Yanti hanya meminta untuk membuat beberapa pose yang comel sahaja kerana tidak larat untuk bergerak banyak.

‘Dia ingat dikir barat agaknya’

TENGOK SAMPAI HABIS ???? haha – Comelnya kakak @sariyanti buat #Panama #PanamaDance hahahaha. Masa awal awal joget dia bukan tau. Dia ingat dikir barat agaknya. Haha – Mula mula dia macam “apa annas ni suruh akak joget kiri, joget kanan, akak tak retilah” sebab masa suruh dia buat memang takde music. Hahahaha, kelakar je lah akak sorang ni tapi sebab sayang dia ikutlah . P/s: manalah abang @jepsepahtu tak sayang, comel benau akak ni ❤️???? . Tudung lawa favorite kakak kita @mumuscarves / makeup by my favorite @ynasakinah

A post shared by MAZA (@annaseaskey) on

Jurufoto bagi momen indah ini juga turut berkongsi video Sari Yanti yang sangat comel sedang melakukan tarian panama yang tular di media sosial baru-baru ini.

‘Memang, akak tak tau apa benda dia suruh akak buat’

Aktor cilik ini mengakui hanya menurut apa yang diarahkan oleh jurufotonya itu. Admin doakan Sari Yanti sihat-sihat selalu dan semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti.

Credit: Instagram sariyanti & annaseaskey

 

Sumber: OHBULAN / ceriteradunia


Apa Kata Anda?