[VIDEO] Selfie Terakhir Nizem Ayob Yang Seperti Tahu Akan Aj*lnya

Hari ini industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita pemergian pelakon Nizem Ayom yang telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.55 pagi tadi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Arwah yang merupakan seorang pelakon yang membintangi watak sebagai Inspektor Nizam dalam drama Gerak Khas telah meninggal dunia akibat masalah buah pinggang yang dihidapinya.

Meskipun kurang dikenali di dalam industri berbanding dengan rakan-rakan selebriti yang lain, namun pemergian Nizem hari ini telah dirasai oleh seluruh warga seni tanah air.

Berbeza dengan rakan-rakan artis yang lain, arwah dilihat paling jarang sekali berkongsi tentang kehidupan peribadi apatah lagi memuat naik foto dan video beliau di media sosial.

Namun, video yang telah dimuat naik oleh arwah semasa hayat beliau pada bulan April yang lalu dilihat seseolah arwah sudah dapat merasai pemergiannya pada suatu hari nanti. Reaksi wajah arwah yang memandang muka ahli keluarganya yang lain di sebuah restoran, terutamanya ibunya cukup membuat ramai yang terkesan.

VIDEO :

makan beramai ramai… ilovemy family

A post shared by Nizen Ayob (@nizenayob) on

Meskipun ajal dan maut merupakan rahsia Allah SWT, namun di dalam video tersebut boleh dilihat kelainan yang ditunjukkan oleh arwah apabila beliau dilihat sedang bermanja-manja dengan ibunya.

Matanya yang sayu namun berkaca-kaca itu dilihat seperti memberikan petanda seseolah beliau sedang menahan perasaan sebak yang teramat pada ketika itu. Semoga roh beliau dicucuri oleh rahmatNya dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: FB OhMyMedia


Apa Kata Anda?