[VIDEO] ‘Tak Perlu Cuba Jadi Izreen’ – Izreen Azminda Beri Amaran Pada Akaun Palsu Yang Guna Namanya

Sekarang ni kita lihat terlalu banyak akaun palsu yang menggunakan nama para selebriti dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan sendiri.

Baru-baru ini pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah menjadi mangsa akaun palsu.

Kali ini pelakon yang hangat dengan kontroversi, Izreen Azminda juga turut menjadi mangsa akaun palsu.

Menerusi akaun Instagram fan clubnya, Official FC Izreen Azminda, mereka telah berkongsi sebuah video daripada Izreen memberi amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini supaya jangan menggunakan namanya.

Izreen juga turut menegaskan bahawa dia hanya ada satu akaun sahaja yang menggunakan nama ‘Izreen.Azminda’.

Dalam pada itu Izreen juga berkata akaunnya itu masih belum aktif dan dia menunggu masa yang sesuai untuk mengaktifkan akaunnya semula.

Pesanan dari #izreenazminda ???? So @therealizreenazminda jangan nk menyamar jd izreen bagai okey!

A post shared by Official FC Izreen Azminda (@izreenazmindafc) on

Diharap pihak-pihak yang sering membuat akaun palsu menggunakan nama para selebriti ini berhenti melakukan perbuatan ini dan mengambil pesanan Izreen ini dengan serius.

Sumber: Instagram Official FC Izreen Azminda

Apa Kata Anda

 

Sumber: MH


Apa Kata Anda?