Yatie Minta Aliff Syukri Fokus Pada Perniagaan Tanpa Taja Sebarang Program TV

Kakak atau abang mana yang tidak terasa hati setelah melihat adiknya dimalukan di hadapan khalayak ramai. Itulah yang dirasai oleh kakak Datuk Seri Aliff Syukri, Noorhayati Kamarzaman atau lebih mesra digelar Yatie.

Mengakui terkilan dan sedih melihat nasib Aliff Syukri yang tidak sempat membuat persembahan single terbarunya semasa konsert akhir Gegar Vaganza semalam, Yatie telah membuat keputusan untuk meninggalkan mesej dan menasihati adik kesayangannya.

Kri, tak payah lah pergi lagi GV. Kesian aku tengok kau asyik kena kecam je. Sakit mental nanti. Tak perlu lah Kri. Kan kau dah ada semuanya. Kita fokus niaga senyap-senyap je. Benda ni semua akan buat kau sakit. Dengar lah cakap akak kau ni. Aku walau tak campur sangat hal niaga kau, tapi tetap tak suka kalau dengar orang cakap benda buruk pasal kau.

Mesej daripada Yatie yang telah dimuat naik semua oleh Aliff Syukri di laman Instagramnya itu membuatkan ramai pengikut jutawan kosmetik itu meninggalkan komen pada entri berkenaan.

Cubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakitnya

Betul apa kakak awak cakap tu Aliff Syukri

Banyak lagi cara nak promosikan produk tu Dato’

Produk Dato’ orang dah memang kenal

Biodata Aliff Syukri Kamarzaman

Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman, SSAP, DIMP (lahir 3 April 1987) merupakan seorang kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim.[Penjelasan diperlukan] Beliau mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

Beliau dilahirkan di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang pada 3 April 1987. Pada mulanya, beliau telah berpindah dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang. Selepas itu, beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau telah menyambung pelajaran di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor College. Beliau telah berkahwin pada umur 20 tahun bersama rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun pada ketika itu.

Sumber : IG Aliff Syukri via EdisiMedia


Apa Kata Anda?