“Habis Luka Tangan Saya Kena Cakar” – Zarina Zainuddin Muatnaik Video Azil Sebagai Kesedaran Untuk Autism

Seperti yang semua tahu, Zarina zainuddin mempunyai sepasang kembar istimewa yang mengidap penyakit Autism iaitu Azal dan juga azil. Azal yang sedikit bertuah berbanding azil kerana boleh bercakap, sedangkan azil tidak boleh berbicara sejak dari kecil lagi. Namun, Azal sangat menyayangi abangnya Azil. 

Terbaru, Zarina Zainuddin memuatnaik satu video yang menunjukkan anaknya Azil yang dikatakan ‘bad mood’. Dia juga turut berkata bahawa pada awalnya dia dinasihatkan untuk tidak memuatnaik video tersebut namun Zarina Zainuddin tetap memuatnaiknya di laman Instagramnya sebagai kesedaran tentang penyakit autism.

Kapsyen Instagram

Arini azil bad mood ..tadi saya nak keluar dia pandang saya..saya tak sampai hati saya bawak dia ikut tapi dalam kereta tiba2 dia mengamuk nak pegi kedai lagi habis luka tangan saya kena cakar.. adam cakap ibu jangan post kat instagram nanti orang ingat ibu nak mintak simpati.. saya jelaskan ini adalah autism awerness untuk semua dan mereka harus belajar berhadapan dengan segala macam kemungkinan…semuga anda memahami dan cuba bersihkan hati menerima apa saja yang datang dalam hidup đź’•
#azilazal
#autism
#autismaweness

 

Muatnaik tersebut mendapat perhatian netizen apabila ditonton hampir 250 ribu kali di laman Instagram dalam masa dua jam.

VIDEO :

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram turut memberikan semangat kepada Zarina Zainuddin dan memintanya supaya sentiasa tabah.

Ya Allah, semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kekutatan yang tinggi buat kak Zarina…

Tabahnya hati seorang ibu…

Begitu sabarnya awak. Kesabaran amat tinggi…

 

BS berharap Zarina Zainuddin tetap kuat dalam membesarkan kedua anak kesayangannya dan terus menyebarkan kesedaran tentang autism.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber  : Instagram Zarina Zainuddin


Apa Kata Anda?