[VIDEO] Hujan Lebat Menyebabkan Limpahan Air di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Sumber gambar : Marcus Pheong

IPOH, 26 Sept – Trafik di Km42 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sini telah terhenti berikutan hujan lebat yang menjadikan bukit menjadi air terjun lumpur.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd Hilmi Khasfi Mat Zali berkata insiden itu berlaku kira-kira 2.45 petang hari ini berikutan hujan lebat yang bermula kira-kira tengah hari.

“Tiada korban dilaporkan,” katanya kepada Malay Mail dalam mesej WhatsApp hari ini.

Mohd Hilmi berkata pada masa ini, satu lorong ditutup untuk lalu lintas bagi memudahkan proses pembersihan.

Beliau menasihati pemandu kenderaan yang bergerak di sepanjang susuran itu untuk terus berjaga-jaga kerana lumpur masih mengalir.

“Walaubagaimanapun, hujan telah berhenti” katanya.

VIDEO :

https://youtu.be/SpKfWtHRaCA

 

Uishh takutnya…

Omg.. inshaAllah xda ap2 la…

MashaAllah…

Apapun, BS berharap agar semua pengguna lalu lintas di luar sana berhati-hati ketika menempuh kejadian seperti ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram Zayan via MalayMail

 


Apa Kata Anda?