[VIDEO] Meremang Pengunjung Bukit Batu Putih Histeria, Menjerit-jerit!

Aduh meremang pulak MH bila tonton sebuah video yang viral di media sosial baru-baru ini.

Video berdurasi 1 minit itu memaparkan sekumpulan pendaki dalam keadaan cemas sambil melaungkan azan beramai-ramai.

Rupa-rupanya seorang gadis berusia 20-an tiba-tiba menjerit tidak sedarkan diri ketika turun Bukit Batu Putih, Port Dickson.

Melalui akaun Facebook Kefliz Zakaria, Kejadian berlaku kira-kira 8.45 pagi dan mangsa terpaksa diusung turun lalu di bawa oleh rakan-rakannya menaiki kawasan bukit berkenaan.

Aduh memang meremang bila dengar jeritan gadis tersebut sambil azan dilaungkan sekitar kawasan berdekatan dengan mangsa.

Malah lebih meremang bila ada netizen yang kononnya terlihat satu ‘penampakan’ seperti satu susuk tubuh seorang gadis yang sedang mencangkung duduk melihat apa yang terjadi.

 

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?