[FOTO & VIDEO] ‘Rumah Bergerak’ Jadi Tumpuan Setelah Diperkenalkan Di Malaysia

Di Malaysia, penggunaan motorhome masih boleh dikatakan belum cukup terkenal dan mempunyai banyak peminat sendiri. Namun, Luxe Motorhomes & Caravans yang merupakan pengimport motorhome jenama Benimar masih berfikiran optimis terhadap penggunaan kenderaan jenis ini di Malaysia, apabila sembilan unit Benimar Mileo berjaya menambat hati rakyat Malaysia setelah ia diperkenalkan pada 2017 .

Kini, perusahaan ini telah menambah model Tessoro kepada barisan kenderaan yang ditawarkan dan ia boleh didapati dalam enam rekaan, dengan harga antara RM555,805 hingga RM590,670 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Tessoro 463 merupakan satu model yang dibina menggunakan casis Ford Transit dan ia mempunyai ukuran 7.38 meter panjang, 2.30 meter lebar dan 2.89 meter tinggi. Enjin turbodiesel 2.0 liter berkuasa 170 hp dan transmisi automatik menjadi sumber kuasa yang menggerakkan ‘rumah’ seberat 3,170 kg ini

Sama seperti variasi Tessoro yang lain, Tessoro 463 ini mempunyai empat tempat duduk penumpang dan empat tempat tidur. Semua model dikatakan mempunyai berat asas bawah 3,500 kg, jadi ia boleh dipandu oleh sesiapa sahaja yang mempunyai lesen kelas D di Malaysia.

Model Tessoro direka dengan 99% bebas-kayu dan plastik kaca yang diperkuat pada badannya, serta penebat XPS 25 mm pada bahagian dinding dan 53 mm pada lantai serta bumbung. Sumber air bersih disimpan dalam tangki 120 liter berserta pemanas yang terasing dan ia datang bersama tangki 105 liter untuk air buangan.

Model Tessoro ini juga dibina mengikut spesifikasi United Kingdom, di mana ia dilengkapi dengan beg udara pemandu dan penumpang hadapan, ABS, stability control, traction control, hill assist, curve assist, cruise control, kunci kawalan jauh bersepadu dengan immobiliser serta penggera karbon dioksida dan asap.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : marquisleisure & paultan.org


Apa Kata Anda?