Video ini akan membuatkan anda sedar bahaya melihat telefon sambil berjalan. Buka mata anda seluas mungkin!

Ramai individu menyedari tentang bahaya penggunaan telefon bimbit ketika memandu. Tetapi tidak ramai yang sedar tentang bahaya yang sama boleh terjadi sekiranya kita menggunakan telefon sewaktu berjalan kaki!

Dalam artikel ini, kami akan mempamerkan kompilasi video beberapa individu yang berjalan sambil menghantar pesanan ringkas atau melihat paparan skrin telefon masing-masing.

Antara insiden yang sangat menggelikan hati adalah apabila wanita ini yang terlalu fokus pada telefon bimbitnya sehingga tidak sedar dia telah melanggar seorang lelaki semasa sedang melintasi jalan.

Bukan itu sahaja, mata lelaki ini seperti sudah digam pada skrin telefonnya sehingga dia tidak sedar ada laluan air melengkung di tengah-tengah jalan berkenaan. Apa yang jadi seterusnya, anda tahu-tahu sendirilah…

Lelaki ini pula terpaksa menanggung kesakitan setelah terjatuh dari tangga gara-gara terlalu menumpukan perhatian kepada telefonnya. Berbaloikah menerima kesakitan sebegitu hanya kerana sebuah gajet?

Wanita ini juga mengalami nasib yang kurang baik apabila dia terlibat dalam satu kemalangan yang agak teruk kerana menaip sambil berjalan. Keadaan yang menimpa wanita ini agak teruk sehingga memerlukan bantuan polis untuk menyelamatkannya.

Tonton video ini untuk melihat lebih banyak kemalangan-kemalangan ‘lucu’ yang berpunca daripada penggunaan telefon bimbit semasa berjalan dan memandu!

Kredit: I Love Sharing/Facebook 

Sumber: GoodTimesI Love Sharing/Facebook  / Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?