Anak Billionaire Rusia Kahwin Diusia 18 Tahun, Perkahwinan Cecah Jutaan Ringgit. Wedding Dress Saja Dah RM800 Ribu!

Irina Chigirinskaya, gadis muda yang baru saja berusia 18 tahun memilih untuk berumah tangga dengan lelaki pilihannya Moris Mirelli yang baru 23 tahun di sebuah kelab golf, Agalarov Golf And Country Club yang dimiliki oleh seorang teman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Perkahwinan tersebut juga mendapat liputan pelbagai media antarabangsa dan 1,500 tetamu dijemput untuk memeriahkan majlis yang bukan calang-calang hebatnya bahkan terlalu mewah sehingga mencecah jutaan ringgit.

Kalau tengok dekorasinya, memang perkahwinan tersebut menjadi idaman setiap wanita di atas muka bumi ni! Mana tidaknya, kek perkahwinan enam tingkat dihias dengan bunga segar, baju perkahwinan yang direka khas dan tetamu yang hadir juga dihiburkan oleh persembahan artis-artis Rusia yang terkenal. Macam konsert pun ada tau.

Menurut sumber, Irina merupakan anak perempuan billionaire pembinaan Alexander Chigirinsky, 55 yang juga rakan kepada pemilik Chelsea FC, Roman Abramovich. Manakala suaminya, Moris merupakan anak bekas Timbalan Gabenor di Rusia.

Tidak mengejutkan jika keseluruhan perkahwinan dianggarkan sekitar $1.6 juta, iaitu lebih daripada RM6 juta. Wedding dress Irina direka khas oleh pereka Zuhair Murad, yang bernilai $219,000, lebih RM800 ribu! Wow, mewahnya!

Irina juga dilaporkan sudah biasa hidup dalam kemewahan sejak dari kecil dan pernah mendapat hadiah jam tangan Rolex ketika baru berusia 10 tahun. Bagi Irina, hadiah jam tangan yang mahal dan terbang menggunakan jet peribadi merupakan perkara biasa baginya.

Mesti seronok kalau dapat jadi anak jutawan bukan? Apa saja keinginan mesti dapat. Kereta mewah, rumah mewah, beg mewah dan macam-macam lagi. Apa-apa pun, kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Baru hidup sentiasa bahagia.

Sumber: instagram, harpersbazaar dan dailymail. Co / mediaohsem.com


Apa Kata Anda?