AS beri ‘lampu hijau’ 
bunuh rakyat Palestin

SEMENANJUNG GAZA 7 April – Amerika Syarikat (AS) terus menghalang kenya-
taan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menyokong hak penduduk Palestin untuk mengadakan tunjuk perasaan secara aman di sempadan Gaza-Israel.

AS juga menghalang pelaksanakan gesaan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres agar siasatan bebas dilakukan terhadap pembunuhan penduduk Palestin oleh tentera Israel ketika bantahan itu diadakan.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, 14 daripada 15 anggota UNSC bersetuju dengan kenyataan tersebut tetapi ditentang AS dan Israel.

Beliau menyifatkan tindakan AS itu sebagai ‘tidak bertanggungjawab’ dan memberi ‘lampu hijau kepada Israel untuk terus menyembelih penduduk awam di Gaza’.

Ini merupakan tindakan kali kedua AS sejak minggu lalu.

Sejak bantahan besar-besaran diadakan pada 30 Mac lalu seramai 30 penduduk Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel.

Semalam, seramai 10 orang termasuk seorang kanak-kanak terkorban manakala lebih 1,300 lagi mangsa cedera.

Mangsa korban terbaharu merupakan wartawan Palestin, Yasser Mutaja yang meninggal dunia akibat cedera parah ditembak pada bahagian perut oleh anggota tentera Israel.

Dalam pada itu Riyad berkata, PBB akan terus membuka laluan berhubung isu ber­ke­na­an termasuk mendapatkan kenyata­an atau resolusi daripada pihak tertinggi UNSC, membawanya ke Perhimpunan Agung PBB atau Majlis Hak Asasi Manusi di Geneva.

“Kami tidak akan berputus asa dan akan meneruskan usaha menggunakan pelbagai saluran,’’ katanya.

Duta Liga Arab ke PBB, Maged Abdelaziz berkata, menteri-menteri Arab akan membincangkan pendekatan lain bagi terus mengenengahkan isu Pa­lestin pada mesyuarat di Riyadh pada 12 April ini iaitu menjelang persidangan pemimpin-pe­mim­pin Arab pada 15 April.

Dalam pada itu Duta Israel ke PBB, Danny Danon menggesa UNSC mengutuk pemimpin pergerakan Hamas kerana ko­nonnya mengeksploitasi kanak-kanak menjadikan mereka sebagai perisai manusia selain mendesak mereka menghentikan provokasi itu.

Sementara itu, tentera Israel yang melepaskan tembakan kepada penduduk Palestin mendakwa mereka telah diba­ling dengan batu dan bom petrol.

“Tentera kami (Israel) melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup sejajar dengan peraturan yang ditetapkan untuk menyuraikan tunjuk pera­saan,’’ dakwa mereka. – AGENSI/BBC

 

Sumber: UTUSAN ONLINE


Apa Kata Anda?