Membuat mi segar dan melontar terus ke dalam periuk, pekerja restoran Korea ini memaparkan aksinya

Kita pasti sudah melihat klip video dimana seorang pekerja restoran di India cekap menyediakan adunan doh dan dilontarkan untuk dijadikan roti Paratha bukan? Kali ini kami memaparkan pula bagaimana pekerja Korea ini cekap dalam menghasilkan adunan tepung untuk menghasilkan mi.

Sebut sahaja masakan Korea pasti orang lain akan terbayangkan kelazatannya dan masakannya yang bagaikan hasil seni memikat pandangan mata anda.

Populariti masakan Korea yang hebat yang telah memenangi hati budaya oriental di Barat, ramai orang sudah mencuba malah mempelajari cara mereka memasak dan menghasilkan makanan yang lazat dan masakan tradisional mereka.

Kembali ke negara Korea, paparan yang kami ingin kongsikan adalah teknik membuat mi yang luar biasa dipanggil Udon. Ia biasa didapati di rantau Asia yang berbeza. Mi Udon terkenal dengan cara pembuatannya yang terus diuli menggunakan tangan daripada bahan tepung dan dimasak terus.

Mi ini biasanya dihidangkan di berasaskan dashi, kicap dan mirin mengikut jenis resipi yang juga boleh ditambahkan satu atau lebih bahan. Bergantung kepada bahan-bahan yang dipilih, anda akan merasai pelbagai jenis Udon.

VIDEO:

Sumber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?