Seorang pekerja mempunyai kelebihan luar biasa menyelamatkan penunggang basikal dari menempah maut!

Seorang pekerja landasan kereta api mempunyai saat-saat terakhir untuk menyelamatkan penunggang basikal yang mabuk sebelum dirempuh oleh kereta api.

Video yang berdurasi selama 52 saat yang tidak diketahui lokasinya itu menunjukkan seorang lelaki yang menunggang basikal, dipercayai mabuk, tersandung di tengah-tengak trek landasan itu. Beliau kemudian perlahan-lahan bangun dan melemparkan basikalnya ke luar landasan. Kereta api itu yang semakin hampir dengan bunyian hon tidak diendahkan oleh penunggang mabuk itu.

Mujur, salah seorang pekerja di landasan tersebut berdekatan membuat kerja membaikpulih sedar akan situasi tersebut dan bergegas ke arah lelaki tersebut. Pada saat-saat akhir, pekerja tersebut menjunam terus ke arah lelaki itu dan menolaknya ke tepi landasan kurang dari sesaat sebelum dirempuh.

Paparan gambar detik demi detik saat cemas di bawah:

Sumber; Era Baru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?