Warga emas ketagih Pokemon Go pacak 11 telefon pintar pada basikal

TIADA siapa dapat menandingi kecintaan seorang warga emas ini terhadap aplikasi permainan Pokemon Go.

Chen San-yuan, 70, menggunakan 11 telefon pintar bagi menangkap haiwan Pokemon tersebut.

Gambar menunjukkan dia berada di kawasan taman di bandar New Taipei City, Taiwan dengan pemandangan luar biasa tersebar di media sosial.

Lelaki itu memasang kesemua telefon pintar itu ke basikalnya dan ia dilengkapi dengan caj bateri untuk menangkap Pokemon di taman tersebut.

Menurut laporan Metro UK, San-yuan terlalu menggemari aplikasi permainan tersebut dan kadangkala dia tidak pulang ke rumah sehingga pukul 4 pagi.

Sekiranya anda merasakan 11 telefon pintar itu satu angka yang melampau, San-yuan nampaknya masih belum merasakan ia mencukupi.

San-yuan yang dikenali sebagai ‘Pak Cik Pokemon’ mahu menjadikannya sebanyak 15 telefon pintar pada satu-satu masa.

Ia bermakna, dia sanggup membayar lebih bil telefon yang kini sudah pun mencecah RM6,108 sebulan.

Namun, San-yuan menganggap ia sebagai pelaburan yang berbaloi kerana permainan itu membantunya merawat penyakit Alzheimer yang dihidapinya.

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: Mstar


Apa Kata Anda?