10 Fakta Yang Perlu Peminat Tahu Tentang Siti Nordiana

22 November lepas ,Siti Nordiana atau dikenali dengan panggilan Nana,baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke -34.Berwajah cantik mulus ini,Nana  anak jati kelahiran Felda Sendayan,Negeri Sembilan ini  kembali meningkat naik selepas menjuarai program nyanyian paling popular iaitu Gegar Vaganza musim ke 2.

Jika diimbas kembali nana mula dikenali sebagai penyanyi di lewat tahun 90 an,bergandingan dengan arw4h Achik Spin.

10 fakta menarik yang patut peminat Siti Nordiana tahu.

1.Permulaan Karier

Menceburi bidang nyanyian seawal umur 15 tahun,dengan suara yang lunak  dan rupa paras yang cantik nana berjay menghasilkan 5  buah album solo.

2.Duo Achik Dan Nana

Nana juga popular dengan hasil duetnya bersama dengan vokalis kumpulam Spin iaitu Achik Spin.Sebelum berduet,mereka terlebih dahulu saling mengenali antara satu sama lain ketika remaja.Kemudian ,mereka berdua menyertai syarikat rakaman FMC dan menjadi semakin popular dengan lagu duetnya iaitu Paling Comey.

3.Karier Lakonan

Nana mula menceburi karier lakonan dalam beberapa buah drama diantaranya ialah Wad 04,3 Dara Pingitan,Nenas Ikanku dan beberapa buah drama lagi.Selain itu Nana juga muncul dalam drama yang paling di gemari ramai sehingga menjadi kata carian yang paling banyak dalm google Malaysia.Dia semanis Honey  adaptasi dari novel karya Dila Dyna arahan dari Michael Ang ,nana bergandingan dengan Alif Satar menjadi tempat di hati peminat.

4.Alam Perkahwinan

Pada 29 April 2006,Nana mendirikan rumahtangga dengan seorang pelakon iaitu Faizal Yusup.Dan hasil perkahwinanya Nana dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Rayyan Nakhaie yang lahir pada 21 Mac 2008.Namun jodoh yang tidak berpanjangan Nana dan Faizal bercerai pada 14 September 2009.Dan apa yang menyedihkan pada tanggal 1 Januari 2011,Faizal telah dijemput Ilahi akibat serangan jantung.Al Fatihah.

5.Imej Berhijab

Hadir dengan imej berhijab ramai yang menyokong nana,melalui pemgumuman yang dibuatnya pada bulan Ramadhan 2011.Nana berhijab selepas banyak membaca buku mengenai perihal islam.

6.

.

Dek kerana berputus asa dengan karier nyanyiannya,Nana mengambil keputusan untuk berniaga di pasar malam demi menampung kehidupannya bersama anak lelakinya sebelum masuk pertandigan Gegar Vaganza.

7.

Alhamdulillah,berkat doa semua,Nana muncul sebagai juara dalam program rancangan Gegar Vaganza musim ke 2.Disitulah bermulanya semula titik karier Nana dan mengekalkan popularitinya sehingga sekarang.

8.Perniagaan

Nana mula melancarkan jenama tudungnya sendiri iaitu NanaRayyan pada tahun 2016 selepas  menjalankan perniagaan busana muslimah dengan label yang diberi Paling Comel pada tahun 2012.Selepas yakin dengan pernigaan busana muslimahnya pada tahun 2017 nana tampil  dengan produk terbarunya iaitu koleksi gincu yang diberi nama SND.

9.Buku

Life Goes On adalah buku yang dilancarkan oleh Siti Nordiana pada tahun ini.Penghasilan buku ini mengambil masa hampir 2 tahun untuk menyiapkannya.Buku ini berkisar tentang perjalnannya sepanjang menjadi anak seni.

10.Gosip Bersama Zoey Rahman

Sebelum ini ada desas desus mengatakan Nana mempunyai hubungan mesra dengan pengacara Zoey Rahman .Spekulasi makin kencang apabila mereka dilihat menunaikan umrah bersama.Namun Nana tampil memeritahu bahwa hubungan mereka adalah sebagai kawan sahaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : foto instagram sitinordiana via BeautifulNara


Apa Kata Anda?