[10 GAMBAR] Kekasih Baru Zahirah? Kenali Nik Iruwan, Bukan Calang-Calang Orangnya!

(Sila skrol ke bawah untuk menonton videomelihat gambar)

Ketika kisah percintaan berakhir setelah menjalinkan hubungan dengan pelakon kacak Zul Ariffin sebulan lalu, pelakon Zahirah Macwilson kelihatan tenang dan tidak cepat melatah dengan situasi tersebut.

Jika kebanyakan wanita lain mengambil masa untuk merawat hati yang lara, namun pelakon Tak Ada Cinta Sepertimu itu memilih untuk melupakan memori lama dan menghabiskan masa dengan kerjayanya.

Terbaru, desas-desus mengatakan gadis berusia 23 tahun itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yang merupakan seorang ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Datuk Nik Izani.

Menerusi laman Instagram ahli perniagaan itu, beliau telah memuat naik beberapa keping gambar sempena hari jadinya yang ke-33 di sebuah restoran mewah di ibu kota.

Turut kelihatan pelakon tersebut yang kelihatan mesra bersama Naib Presiden kumpulan Mofaz itu untuk menemani makan malam bersama.

Walau bagaimanapun, Zahirah masih belum memberikan sebarang kenyataan lebih lanjut mengenai gerangan jejaka tersebut. Namun sekiranya betul mereka sedang dilamun bercinta, pasti ramai peminat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : GengJoyah via SoyaLemon


Apa Kata Anda?