10 Orang Pengsan, Peminat Wanna One Hilang Kawalan!

Menakutkan, itulah yang MH rasa bila melihatkan sikap para peminat grup Wanna One yang terlalu taksub dan teruja sehingga sanggup berhimpit-himpit hinggakan ada yang pengsan semasa Fan-Meeting semalam.

Pada mulanya, keadaan masih tenang namun semuanya berubah apabila grup tersebut muncul di atas pentas.

Suasana di bahagian rockzone tidak ubah seperti lautan yang bergelora dipenuhi dengan ‘ombak’ manusia.

Keadaan menjadi terganggu apabila peminat mula meminta tolong dan pengsan menyebabkan pengacara menghentikan majlis seketika.

 

Malah, ahli grup itu sendiri menyedari ‘bahaya’ yang dialami peminat-peminat mereka dan meminta bantuan diberikan.

Pihak polis dan sekuriti terpaksa masuk ke dalam kawasan tersebut bagi mengawal keadaan. Boleh dikatakan lebih 10 orang pengsan, dehydrated menyebabkan majlis dihentikan selama 1 jam 20 minit.

Dalam usaha pihak berkuasa mengawal keadaan, MH kesal melihat sikap peminat yang pentingkan diri menyebabkan situasi tersebut lebih sukar.

 

Peminat-peminat di bahagian lain juga turut ‘frustrated’ melihat situasi tersebut,disebabkan kedegilan sesetengah pihak itu menyebabkan masa mereka bersama Wanna One dipendekkan.

Bagaimanapun, walaupun terdapat kejadian yang tidak diingin, Wanna One tetap memberikan persembahan penuh bertenaga mereka pada semua Wannable.

Dalam pada itu, peminat juga sempat melakukan kejutan pada Dae Hwi memandangkan 29 Januari ini merupakan hari lahirnya.

Bagi MH, dalam banyak-banyak konsert MH pernah hadiri, inilah yang paling kontroversi. Tidak dinafikan, masing-masing ada salah sendiri dalam perkara ini.

Semoga, kejadian seperti ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang. Memalukan nama Malaysia sahaja.

 

Apa Kata Anda

Simber; Media Hiburan


Apa Kata Anda?