‘5 kali Dariya bangun malam, ayah masih tidur…’ – Kapsyen anak sindir Jep Sepahtu di Instagram buat peminat terhibur

Baru-baru ini, dunia hiburan telah digembirakan dengan berita kelahiran cahaya mata pertama Jep Sepahtu pada 25 April yang lalu. Pelawak popular yang juga penyampai radio Sinar FM itu telah memberikan nama Dariya Inara kepada anak perempuannya itu.

Seperti pasangan-pasangan selebriti yang lain, Jep dan Sari Yanti pun tidak mahu ketinggalan untuk membuka sebuah akuan Instagram untuk puteri mereka itu yang kini telah pun memiliki jumlah pengikut seramai hampir 90,000 orang.

Terbaru, Jep telah berkongsi sekeping gambar anaknya itu di laman Instagram rasmi Dariya Inara yang kemudiannya telah mendapat perhatian netizen setelah kapsyen yang dimuatnaik bersama-sama dengan gambar itu telah berjaya membuat netizen terhibur.

Anak sindir abah ke tu?

Abah dariya tidurkan dariya harini, tapi dariya dah bangun 5 kali abah masih tidur..

Abah dariya tidurkan dariya harini, tapi dariya dah bangun 5 kali abah masih tidur..

A post shared by Dariya Inara (@dariyainaraofficial) on

Ingatkan ada pertandingan nasyid tadi

Selain daripada itu, kapsyen Jep turut memuatnaik sebuah video berserta sebuah kapsyen yang seseolah ‘menyindir’ kembali anaknya itu. Masuk airlah!

Alhamdulillah,, tidur jugak akhirnya anak abah. Jiran sampai dtg ingat ade pertandingan nasyid kat rumah nak. 

 

Yang Benar: Abah

Abah kelakar, anak pun kelakar

Kapsyen yang berbunyi seperti usik mengusik di antara dua beranak ini telah membuatkan ramai peminat yang geli hati. Tidak kurang pula yang merasakan anaknya itu bakal mewarisi sikap kelakar Jep pada suatu hari nanti.

Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari tahun lalu. Ini merupakan anak ketiga Sari Yanti yang telah pun memiliki dua orang anak hasil perkahwinan beliau sebelum ini.

Sumber : Jep Sepahtudariyainaraofficial

Kredit; Ohmymedia


Apa Kata Anda?