[6 FOTO] Pilunya Pergi Mu Si Jelita Jatuh Digilis Bas

Sabak Bernam : Lagi satu bulan adik Maizatul akan mengambi peperiksaan SPM untuk tahun 2018 yang dijadualkan pada pertengahan November ini.

Namun hasrat dan keinginan nya tidak kesampaian apabila dia dijemput ilahi bila motosikal yang dibonceng nya bersama rakan sebaya telah terlibat dalam kemalangan di kilometer 69, Jalan Teluk Intan- Klang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang berhampiran Tali Air 8, Sungai Leman itu, mangsa, Maizatul Maiza Mohd Jalil, 17, yang membonceng Yamaha Lagenda 110 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala.

Manakala rakannya, Nurul Natasha Sukari, 17 mengalami cedera di tangan kanan dan kedua dua kaki.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kejadian berlaku apabila kedua remaja itu dan pemandu bas berada dari arah sama dari Sungai Besar menghala ke Sekinchan.

“Sejurus tiba di lokasi, penunggang motosikal mengubah haluan dari lorang kiri ke lorong kanan berikutan lorong itu ditutup kerana kerja menaik taraf jalan.

“Penunggang yang menyedari kehadiran bas cuba menukar haluan semula ke lorong kiri namun gagal,” katanya.

Chee Khoon berkata, motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan plastik lalu terjatuh di sebelah kanan jalan sebelum digilis tayar belakang bas itu.

Menurutnya, mayat mangsa yang berasal dari Taman Cahaya, Sungai Besar kemudian dibawa ke Hospital Tanjung Karang (HTK) untuk bedah siasat.

“Manakala pemandu bas yang merupakan lelaki berusia 54 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, apa yang berlaku mengudang pilu keluarga dan insan-insan yang mengenali Maizatul yang disifatkan mereka seorang insan yang sangat baik dan disenangi rakan-rakan.

Tidak disangka hasrat membonceng bersama rakan adalah perjalanan terakhir >aizatul dia pergi buat selamanya dijemput ilahi semoga keluarganya tabah dengan dugaan ini,kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” semoga rohnya tenang disana ditempatkan bersama-sama insan-insan yang diredhai yang maha esa. Al fatihah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : SinarHarian via SoyaLemon


Apa Kata Anda?